OH Artis: Apakah Ini Gambar Dahlia Teck yang ada ehem2 dengan Khairul Fahmi?

Oh! Krai Utara

Share

Benar atau tidak wanita di atas benar-benar mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi tidak dapat disahkan. Ini adalah info daripada sumber-sumber yang dimaklumkan di atas. Berdasarkan luahan Facebook Jejari Runcing di bawah, nampak memang benar hubungan mereka berdua ada isu tersendiri…READ MORE

Read More - OH Artis: Apakah Ini Gambar Dahlia Teck yang ada ehem2 dengan Khairul Fahmi?

OH Artis:Kad Kahwin Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 21 Januari Ini

Oh! Krai Utara

Share

Ala comelnya kad kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan Adha nie. Ada reben warna pink lagi. Mereka berdua bakal diijabkabulkan minggu hadapan jika tiada aral melintang. Buat masa nie, tengok kad kahwin pun jadilah kot sementara nak tunggu gambar perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan…READ MORE

Read More - OH Artis:Kad Kahwin Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 21 Januari Ini

Oh! Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...Udah Jadi Fenomena facebook dan twiteer! cakde malaysia

Oh! Krai Utara

Share


Sehingga jam 7.12 Fan Khairul Fahmi mencecah 144 721,laju gilerrr.....
Komen peminat dirangkaian sosial Twitter Khairul Fahmi


Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 144 000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA
Read More - Oh! Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...Udah Jadi Fenomena facebook dan twiteer! cakde malaysia

Oh Artis: Malaysia wins AFF-Suzuki Cup on 4-2 aggregate; PM declares Friday a public holiday

Oh! Krai Utara

Share
malaysia cakde!


JAKARTA: Malaysia has won the AFF-Suzuki Cup on a 4-2 aggregate. Indonesia won the second leg of the final 2-1 in Jakarta on Wednesday night while Malaysia had won the first leg 3-0 in Kuala Lumpur on Sunday.
The scorers for Indonesia were Mohammad Ridwan (87th minute) and Mohammad Nasuha (71st). Safee Sali had scored in the 53rd minute to put Malaysia 1-0 in the lead.
It was a significant success for Malaysia as the last time…READ MORE 
Read More - Oh Artis: Malaysia wins AFF-Suzuki Cup on 4-2 aggregate; PM declares Friday a public holiday

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...