Oh Politik: Prk N 45 Galas - Nampak sangat PAS tak boleh selesai masalah

Oh! Krai Utara

Share
Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai kedatangan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke satu kawasan di Gua Musang sebelum ini.

Kedatangan Sultan Muhammad sebelum ini dipercayai berkaitan masalah tanah yang dihadapi sekumpulan masyarakat di kawasan tersebut.

"Tapi kalau sultan sendiri kena datang selesai, nampak sangat kerajaan negeri tak boleh selesaikan (masalah)," kata Ahmad ketika bercakap kepada pemberita di bilik gerakan BN di Bukit Cekati hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan yang sebenarnya diajukan kepada calon BN Abdul Aziz Yusof.

Turut ditanya ialah sebab kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan itu sebelum ini, yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Muhammad Faris Petra.

Isu mengenai kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan pilihan raya kecil DUN Galas timbul semalam apabila desas-desus mengenainya dikutip oleh sebuah blog.

Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad semalam bagaimanapun menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Gala
Read More - Oh Politik: Prk N 45 Galas - Nampak sangat PAS tak boleh selesai masalah

Oh PRK Dun Galas:Siapa calon BN di Galas? Abdul Aziz Yusof atau Zamzani Harun

Oh! Krai Utara

Share
SIAPA calon? Itulah persoalan bermain di fikiran ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (:BN) berikutan hari ini dikatakan tarikh pengumuman calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. 

:Antara nama yang menjadi sebutan sebelum ini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, dan satu lagi nama yang timbul Naib Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Zamzani Harun, 39. 

:Walaupun Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada awalnya menjadi pilihan BN, tetapi beliau selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PKR) dipercayai cenderung untuk memilih calon lain. 

:DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas akibat kanser pada 27 September lalu. 

:Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 apabila mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753 undi. 

Mohamad Saufi pada Pilihan Raya Umum 2004 berjaya mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729. 

DUN Galas mempunyai 10,330 pengundi dengan 65.81 peratus adalah Melayu, Cina (22.03 peratus), India (1.18 peratus) dan lain-lain (10.32 peratus). Bagaimanapun, pada pilihan raya lalu hanya 8,323 pengundi atau 80.57 peratus yang keluar mengundi. 

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pihaknya kini perlu turun padang untuk membuat tinjauan ke kawasan tersebut bagi menentukan tahap sokongan pengundi kepada BN. 

Beliau berkata, apa diharapkan dalam PRK ini kemenangan akan berpihak kepada BN dengan majoriti yang besar, bagaimanapun adat pertandingan ada kalah dan menang. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh PRK manakala penamaan calon pula pada 26 Oktober ini. 

Dalam satu ceramah sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan Pemangku Yang Dipertua Pas Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad, 44, sebagai calon parti itu pada 21 Oktober lalu. 

Pengamal perubatan itu, Dr Zulkefli pernah bertanding sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 dan 12 bagi kerusi Parlimen Gua Mu:sang tetapi tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah. 

:Dr Zulkefli tinggal di Kuala Krai dan mempunyai klinik di Ciku, beliau merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Mohamed Awang dan anak ketujuh daripada 10 adik-beradik.
Read More - Oh PRK Dun Galas:Siapa calon BN di Galas? Abdul Aziz Yusof atau Zamzani Harun

Oh Muslim: Jadual Pengajian Kitab Masjid Ar Rahman (pondok Sungai Durian)

Oh! Krai Utara

Share
Read More - Oh Muslim: Jadual Pengajian Kitab Masjid Ar Rahman (pondok Sungai Durian)

Oh Politik: PRK DUN GALAS : Sewa rumah Sebulan di Gua Musang mencecah RM10,000 -RM15,000

Oh! Krai Utara

Share
Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.
Tinjauan Bernama mendapatI sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang
berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu.
Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo
disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.
“Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar…READ MORE
Read More - Oh Politik: PRK DUN GALAS : Sewa rumah Sebulan di Gua Musang mencecah RM10,000 -RM15,000

Oh! Politik: Allahyarham ADUN Galas Che Hashim disegani di Gua Musang

Oh! Krai Utara

Share

19 Syawal 1431H
M Faqih

GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.

Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.

Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.

Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.

”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.

Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,”ujarnya.

Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.

Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.

“Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham,” ujarnya.
Read More - Oh! Politik: Allahyarham ADUN Galas Che Hashim disegani di Gua Musang

Majalah Pengasuh Sempena Pemergian 20 tahun Tuan Guru Pengasas

Oh! Krai Utara

Share
Read More - Majalah Pengasuh Sempena Pemergian 20 tahun Tuan Guru Pengasas

Oh! Politik: Maklumat Ringkas Dun N45 Galas

Oh! Krai Utara

Share

Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, dari

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi .
Read More - Oh! Politik: Maklumat Ringkas Dun N45 Galas

Oh! Politik: TERKINI! ADUN Galas Meninggal Dunia...Al Fatihah

Oh! Krai Utara

Share
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.

"Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.

Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.
Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China.

Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
Read More - Oh! Politik: TERKINI! ADUN Galas Meninggal Dunia...Al Fatihah

OH! I'Da World Batal Cadangan Projek RM313b Di Kelantan

Oh! Krai Utara

Share
Syarikat I'Da World Group Sdn Bhd - yang dikatakan mahu menderma sebanyak RM4 bilion kepada Kerajaan PAS Kelantan - membatalkan hasrat mereka melaksanakan cadangan projek pembangunan bernilai RM313 bilion di negeri itu.
Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, tindakan dibuat ekoran keputusan kerajaan negeri itu menyenaraihitamkan syarikat itu.
"Jadi projek yang kita hendak buat di negeri Kelantan itu telah dibatalkanlah. Kita hendak tutup cerita ini. Saya pun dah malas dah. Kalau dia kata kita disenaraihitamkan, kita hendak tegakkan apa lagi.
"Kita tarik diri. Minta maaflah. Mereka kata tidak mahu, apa lagi kita boleh buat," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Kelana Jaya, Khamis, lapor Malaysiakini.
Abdul Rahim mendakwa, syarikatnya juga belum mempunyai wang RM4 bilion yang hendak didermakan kepada PAS Kelantan.
Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk menjayakan projek di negeri-negeri lain.
Kontroversi mula melanda syarikat berkenaan ekoran tindakannya yang mengejutkan semua pihak kerana bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.
Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.
Replika cek sumbangan itu diterima oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.
PAS pula menafikan parti itu telah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan.
Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan projek yang bakal dilaksanakan.
"Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperoleh kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion.
"Jadi dalam RM4 bilion tadi, sebenarnnya (replika cek) itu tidak ada haribulan. Duit ini kita hendak beri bila kita dapat buat kerja, dasar daripada 20 peratus tadi," tambahnya.
Dakwanya lagi, beliau telah berusaha untuk menjalankan projek tersebut sejak tahun 1998 lagi melalui sebuah syarikat dikenali Asas Naim Holdings.
"Pada masa itu Tuanku (Ismail Petra) masih sihat lagi," tambahnya. -mstar
Read More - OH! I'Da World Batal Cadangan Projek RM313b Di Kelantan

OH! Rogol Anak seperti Perangai Kambing dan Lembu

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam. 

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya. 

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu. 

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat. 

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu. 

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya. 

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh. 

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan. 

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian. 

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya. 

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu. 

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela - SH
Read More - OH! Rogol Anak seperti Perangai Kambing dan Lembu

OH! Politik: Adik Nik Aziz Akui Terima Replika Cek RM 4 Billion

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BARU: Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.
Nik Din Nik Mat berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.
"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, Selasa.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.
Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hettar melibatkan kos RM313.71 juta.
Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.
Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara.BERNAMA
Read More - OH! Politik: Adik Nik Aziz Akui Terima Replika Cek RM 4 Billion

OH! Projek Mega di kelantan bernilai lebih RM300 bilion! .. mimpi di siang hari?

Oh! Krai Utara

Share


KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini. 


Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu. 




Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit. 

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan. 


Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion. 




Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.


di salin dari face book mtd kota lama
Read More - OH! Projek Mega di kelantan bernilai lebih RM300 bilion! .. mimpi di siang hari?

OH! 118 projek Pusat dibekukan di Kelantan

Oh! Krai Utara

Share
Oleh Hasnan Yahya

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 21.Sept - Kerajaan Kelantan kesal di atas tindakan kerajaan Pusat yang membekukan sejumlah 118 projek yang melibat sejumlah 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar dari sepuluh jajahan di negeri ini yang bermula dalam RMK 6 hingga sekarang ini, demikian dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias di sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi ( Merujuk Kepada Ekonomi Kelantan) di Dewan Teratai Kota Darulnaim pagi ini.
Mohd Aiseri berkata tindakan kerajaan Pusat ini boleh membantutkan pembangunan di negeri ini dan ia juga dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.
“ Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti”ujar beliau.
“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan”katanya lagi
Menurut Mohd Aiseri pengambilan tanah tersebut melibatkan16 kementerian dan makluman ini akan disampaikan kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.
Diantara kementerian ialah,Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain lagi.
Menyentuh kepada kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Pusat dalam pengambilan tanah untuk dibangunkan, Mohd Aiseri berkata bermula dengan RMK 9, ia kini tidak lagi memerlukan kelulusan dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.
“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini”katanya lagi.
Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang.
Ketika mengulas soal pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Mohd Aiseri berkata ia adalah harapan rakyat yang amat tinggi kerana bila adanya lapangan terbang yang boleh menerima penerbangan antarabangsa dan ia akan memudahkan penjanaan ekonomi negeri ini.-http://gegarkelantan.net
Read More - OH! 118 projek Pusat dibekukan di Kelantan

OH!: tak sabar menantikan majlis pembukaan Bandar Satelit Pasir Tumboh

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Pasir Tumboh tidak sabar menantikan majlis pembukaan Bandar Satelit Pasir Tumboh fasa pertama yang dijangka dilancarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Oktober depan. 

Penduduk, Samiha Abdul Rahim, 23, berkata, dia pernah mendengar mengenai pembangunan terkini yang dalam pembinaan dan tidak sabar melihat salah satu bandar yang bakal gah di negeri ini. 

“Apa yang saya peroleh melalui pengetahuan di Internet dan media massa, bandar ini akan melakar sejarah tersendiri dengan masih mengekalkan konsep ‘Bandar Islam’ dengan menjadikan masjid sebagai ‘point’ utama. 

“Sebagai penduduk, kami percaya ia menjadi kebanggaan kerana Pasir Tumboh terletak di pertengahan perjalanan antara bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh,” katanya kepada Sinar Harian di Pasir Tumboh di sini, semalam. 

Sementara itu, Che Arif Che Min, 30, pula berpendapat, apa yang menariknya mengenai bandar satelit tersebut, selepas ini ia bakal bertukar menjadi bandar yang dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengetepikan sistem pendidikan pondoknya. 

“Ia sesuai dengan Pasir Tumboh sebelum ini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di Kelantan menerusi Pondok Terusan,” katanya. 

Menurutnya, dengan adanya projek pembangunan lain, termasuk kompleks Masjid Al-Takwa, pusat pengajian pondok moden, hotel bajet, Dataran Takwa, An-Naim (bazar), pasar awam, termasuk pasar malam dan pasar tani kerana ia tarikan pengunjung. 

Che Arif berkata, dengan pembinaan kawasan rumah kedai, pejabat rumah kediaman dan kediaman, ia melengkapkan pembangunan dan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengembangkan perniagaan dan kemahiran yang ada. 

Menurutnya, semua pembinaan Bandar Satelit itu merangkumi aspek perniagaan, perkhidmatan, kediaman, riadah, masjid, pondok moden dan hotel bajet dapat memajukan negeri ini kelak.
Read More - OH!: tak sabar menantikan majlis pembukaan Bandar Satelit Pasir Tumboh

OH Politik: pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar!

Oh! Krai Utara

Share
Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. 

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. 

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu.

Beliau berkata, pelantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar. 

“Ini merupakan suatu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No 1, 2010 dan Petisyen 2, 2010 ekoran ketidak upayaan Sultan Ismail (berikutan kegeringannya)," katanya.
Keterangan perubatan

Beliau mendakwa, tetuan Rashid telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan perubatan untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan firma tersebut bertindak bagi pihak baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang. 

“Tetuan Rashid juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan yang menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan afidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen no.1 2010 dan petisyen no.2 2010 terbabit,” katanya.
Beliau berkata, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja.

Mohd Shukri mendakwa, kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan adalah sah atau tidak.
Shad Saleem Faruqi: Boleh dicabar

Di Kuala Lumpur , pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 63, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, sebarang kekeliruan tentang pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan boleh diperjelaskan di bawah Mahkamah Persekutuan. 
Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata Perkara 63 menyebut Sultan Kelantan boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan jika sebarang keraguan ditimbulkan akibat salah tafsir berkenaan Perlembagaan Kerajaan Kelantan. 

"Peruntukan Perkara 23(A) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
(Bahagian Yang Kedua) jelas menyatakan jika siasatan mendapati raja mempunyai kecacatan besar sehingga menjejaskan keupayaan memerintah, Majlis Perajaan Negeri (MPN) berhak mencari pengganti sultan.

"Walau bagaimanapun, saya pasti perkara ini akan dipersoalkan oleh pihak tertentu iaitu sama ada pindaan Perkara 23(A) pada 22 Julai lalu dilakukan di bawah keadaan sah atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kelantan yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Langgar perlembagaan negeri

Bagaimanapun, pemasyhuran tersebut dipertikai kekanda Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang mendakwa pelantikan anak saudaranya itu tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan negeri.
Situasi tersebut sekaligus menyebabkan krisis keluarga diraja Kelantan semakin meruncing dan beberapa anggota kerabat yang menyokong Sultan Ismail Petra bertegas mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Khas Raja-Raja di Putrajaya.

Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (bawah, kiri) menegaskan setiap negeri di Malaysia mempunyai perlembagaan tersendiri dan setiap kes harus ditangani mengikut perlembagaan dan undang-undang yang telah termaktub. 

"Saya rasa yang paling penting, sejak 31 ogos 1957, setiap raja di negara ini telah menjadi Raja Perlembagaan dan perlembagaan tersebut haruslah dipatuhi.

"Walau bagaimanapun, sekiranya pihak yang menimbulkan keraguan berjaya membuktikan pelantikan tersebut tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan, maka ia tidak sah dan mahkamah berhak menentukan tindakan seterusnya," katanya.
PAKATAN sambut baik

Sementara itu, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) melahirkan rasa syukur atas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan baru semalam. 

Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak berkata keprihatinan tinggi Tuanku terhadap rakyat jelata di samping mementingkan keadilan dan kebajikan hamba rakyat menyebabkan persatuan tersebut melahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan baru tersebut.

"Sebagai rakyat Kelantan yang berada di perantauan, kami berasa amat berbangga dan bertuah sekali berpayung di bawah naungan Tuanku. 

"Sikap penyayang Tuanku terhadap rakyat terbukti dengan penganjuran program-program kebajikan seperti pengurniaan zakat kepada orang-orang miskin yang terdapat di seluruh jajahan di negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Noordin turut berkata PAKATAN akan sentiasa bersedia untuk membantu apa yang terdaya dalam mengangkat kembali taraf Kesultanan Kelantan yang sentiasa dijunjung dan disayangi.
"Sesungguhnya kami sebagai rakyat jelata, amat yakin Tuanku akan dapat memajukan dan memakmurkan lagi negeri Kelantan dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, pegawai-pegawai dan juga rakyat sekalian," katanya. 

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhammad Faris Petra atas pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan.

"Warkah ikhlas yang tidak sepertinya ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik diutus dengan hasrat mengucapkan sembah tahniah di atas pemasyhuran yang memegang tahta Al-Sultan Kelantan yang ke–29 pada hari semalam," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu dalam satu kenyataan.

- Bernama
Read More - OH Politik: pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar!

OH Politik: Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru hari ini

Oh! Krai Utara

Share
 Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru hari ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan pemasyhuran itu.
Nik Abdul Aziz membuat pengumuman itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besarpada pukul 12.30 tengah tadi.
Terdahulu, sumber yang dipetik daripada blog The Kelantan Insider iaitu http://thekelantaninsider.blogspot.com/ pada Ahad berkata, pemasyhuran yang dilakukan pada 13 September itu bukan satu pertabalan.
“Dengan izin Allah Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.
"Pemasyhuran ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010,” menurut entri blog berkenaan pada Ahad.
Menurut blog itu lagi, perincian mengenai perkara tersebut dijangka akan dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian pada jam 2 petang hari yang sama.
Dalam petikan blog itu turut menyatakan, Perkara 23A berkenaan berbunyi:“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.
”Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua),” katanya.
Ini termasuk, Perkara 3(2) ini berbunyi: “Syarat-syarat mengenai:
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkatkebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”
Dalam petikan blog itu menambah, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja kepada ayahanda dan bonda baginda, baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
“Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.
“Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini,” kata blog itu.
Dalam satu laporan akhbar sebelum ini pada Ahad, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad meminta semua pihak menunggu sehingga esok sekiranya terdapat pengumuman mengenai majlis pemasyhuran Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan.
Menurut beliau, sehingga laporan yang disiarkan, pihak Istana masih tidak mendapat apa-apa arahan berhubung majlis yang didakwa akan berlangsung itu.
"Saya tidak menerima titah untuk majlis yang didakwa esok (Isnin). Apa-apa pun kita tunggu sekiranya diumumkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu," katanya.
Sementara itu, laporan dalam akhbar yang sama pada Jumaat lalu menyiarkan berita tentang Tengku Faris dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.
Read More - OH Politik: Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru hari ini

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...