SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: cermin di mana silap PAS, UMNO?

Oh! Krai Utara

Share
‘SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: TANYA DIRI KITA DULU!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain?
2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM 100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu –sedangkan kita mampu- kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
Read More - SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: cermin di mana silap PAS, UMNO?

Oh! Graduan jadi usahawan kuih

Oh! Krai Utara

Share

MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59, membina empayar perniagaannya.
"Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.
Sebelum berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun.

Matlamatnya hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.
Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.
Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.
Sebagai pengasas, Punari memulakan usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000.

"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya.

Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.

Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.

Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.

"Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise.
"Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.

Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara.

Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.

"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.
MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.

Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 019-3779136.
Read More - Oh! Graduan jadi usahawan kuih

Oh !:: Saya tak pernah kata jadi jutawan kerja senang... -Irfan Khairi

Oh! Krai Utara

Share

Soho adalah singkatan kepada 'small office house office.' Ia merujuk kepada perniagaan yang kita usahakan sendiri di rumah kita sendiri.
Secara jujurnya, untuk menjadi "Jutawan" soho ini bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang... orang lain ada la kata senang jadi jutawan - tapi bukan saya ;)
Untuk jadi jutawan...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau...
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang....Atau apa sahaja in between!
Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 - 100,000 pelanggan.
So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan... berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?
Tetapi here's the good news!
Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM1,000.
Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!
Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small... start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.
Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah.
Read More - Oh !:: Saya tak pernah kata jadi jutawan kerja senang... -Irfan Khairi

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...