Oh! Ramas Payudara....
Oh! Krai Utara
RAMAS sikit-sikit payudara boleh memberikan manfaat bagi pada wanita. Kajian menunjukkan bahawa meramas payudara mampu mencegah sel barah untuk tumbuh dan berkembang. Penelitian laboratorium menemukan bahawa memberikan tekanan fizik pada sel barah mampu menekan pada pola pertumbuhan normal."Selama berabad-abad orang telah mengetahui bahawa tekanan fizik mampu mempengaruhi tubuh. Penelitian ini juga menunjukkan bahawa tekanan fizik juga dapat mempengaruhi pertumbuhan sel," kata Gautham Venugopalan, Ketua Teamim Pengkaji di University of California, Berkeley.Dalam percubaan ini pengkaji memasukkan sel barah payudara ganas pada silikon. Kemudian mencuba menekan dan meramas silikon berisi sel barah ganas. Setelah beberapa lama, sel barah yang dapat tekanan fizik mulai tumbuh secara normal dan tidak ganas lagi."Sel barah ganas belum lupa pertumbuhan yang normal dan sihat. Hanya diperlukan cara mengarah kembali pada pertumbuhan normal," jelas Profesor Daniel Fletcher, seperti dilapor oleh Daily Mail (17/12).Fletcher menjelaskan di mana kegiatan meramas dan menekan payudara mungkin tidak boleh dikembangkan menjadi bentuk terapi. Meski begitu, penemuan ini memberi petunjuk baru untuk melacak molekul dan struktur sel bagi dijadikan target terapi. (IH)
0 ulasan:
Catat Ulasan