Egypt: morsi bertambah taring di kerusi presiden
Oh! Krai Utara
Morsi ‘makin kuat’ selepas rombakan
KAHERAH: Presiden Mesir Mohamed Morsi makin berkuasa selepas keputusan "revolusioner" menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan yang berpengaruh dan mengawal kuasa tentera, lapor media negara itu.(Morsi bersama Tantawi dan Sami)Dalam langkah mengejut pada Ahad lalu, Morsi menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan, Marsyal Tantawi, 76, dan Ketua Staf Angkatan Tentera Sami Anan, dan membatalkan dokumen perlembagaan yang memberikan kuasa perundangan dan lain-lain kuasa kepada pihak tentera.Suratkhabar Al-Akhbar yang dimiliki pihak kerajaan melaporkan penawaran persaraan Tantawi, yang mengetuai Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) untuk tempoh setahun lebih selepas demonstrasi jalanan besar-besaran yang memaksa Mubarak untuk meletak jawatan, sebagai satu "keputusan revolusioner"."Ikhwan secara rasminya berkuasa," lapor suratkhabar bebas Al-Watan, merujuk kepada Ikhwanul Muslimin, kumpulan Islamis yang menyokong dan disokong Morsi.Walau bagaimanapun, tidak semua media menyambut baik langkah itu, di Kaherah, akhbar bebas Al-Shorouk melahirkan kebimbangan terhadap tindakan itu, berkata ini bermakna Morsi telah mengumpul ‘kuasa individu’ yang lebih besar daripada apa yang dilakukan Mubarak".Penjelasan PresidenBeribu-ribu penyokong Ikhwan membanjiri Dataran Tahrir, Kaherah – tempat bermulanya revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak tahun lepas - untuk menyambut keputusan itu Ahad lalu."Rakyat menyokong keputusan presiden," laung orang ramai.Namun ada pihak yang menyelar pemecatan Tantawi, yang dilaporkan secara rasmi sebagai persaraan. "Tantawi, bercakap benarlah, adakah Morsi memecat anda?" kata mereka.Dalam ucapan lewat malam Ahad lalu, Morsi menafikan cuba meminggirkan tentera, tetapi bertindak demi kepentingan negara."Saya tidak pernah bermaksud, melalui keputusan saya, meminggirkan atau berlaku tidak adil terhadap sesiapa sahaja, tetapi saya bertindak demikian supaya kita maju ke arah masa depan yang lebih baik, dengan generasi baru, semangat baru yang sudah lama ditunggu-tunggu," katanya."Saya tidak berniat untuk memalukan institusi," katanya kerana beliau lebih memikirkan kepentingan negara.Morsi juga meminda perlembagaan interim untuk menafikan tentera apa-apa peranan dalam proses membuat dasar awam, belanjawan dan undang-undang, dan hak untuk memilih Dewan Undangan bagi merangka perlembagaan yang kekal untuk era Mesir selepas Mubarak."Presiden telah memutuskan untuk membatalkan perisytiharan perlembagaan yang diterima pakai pada Jun 17 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera,” jurucakap Morsi, Youssef Ali berkata.Mustafa al-Najar, bekas ahli parlimen Mesir yang dibubarkan, berkata langkah Morsi adalah satu langkah besar dalam peralihan ke arah demokrasi."Tiada risiko sama ada rampasan kuasa dari pihak tentera sekarang, atau masa hadapan terhadap Presiden Mesir, seperti yang dipercayai sesetengah pihak,” al-Najar berkata."Keadaan itu telah diselesaikan dengan memperkenalkan satu keputusan yang memuaskan banyak pihak."Kita telah menyempurnakan sebahagian besar tempoh peralihan yang akan disempurnakan dengan merangka perlembagaan."harakahdaily/-
0 ulasan:
Catat Ulasan