Oh Politik: MCA terdesak! sampai kacau hak melayu! - UMNO setiu
Oh! Krai Utara
KUALA TERENGGANU – MCA dilihat begitu terdesak untuk menarik sokongan kaum Cina sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk menyentuh keistimewaan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Asha’ari Idris berkata, masalah sokongan yang dihadapi sejak pilihan raya umum lalu itu menyebabkan MCA bertindak demikian tanpa memikirkan kesan buruk daripada kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun menu-rutnya, dalam usaha menawan semula hati masyarakat Cina, MCA tidak seharusnya mengorbankan keharmonian dan keamanan negara de-ngan menyentuh hak dan keistimewaan Bumiputera yang amat sensitif.
“Semua orang mahu menang tapi jangan sampai mengheret perkara yang begitu sensitif kerana ia akan memberi kesan buruk kepada negara lebih-lebih lagi MCA sendiri adalah parti komponen Barisan Nasional (BN).
“Lihat UMNO, walaupun berusaha mendapatkan sokongan orang Melayu, kita tidak sampai pada peringkat korbankan keharmonian negara dan itu pegangan kita,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubu-ngi, semalam.
Beliau berkata demi-kian sebagai mengulas tuntutan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Mengulas lanjut, Asha’ari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap memberitahu, tidak dinafikan populariti dalam sesebuah kaum amat mudah dicapai jika seseorang itu memainkan isu sensitif.
Namun katanya, ia bukanlah satu langkah bijak dan tidak membawa sebarang keuntungan selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau kita tengok cara MCA itu seolah-olah pembangkang tapi saya percaya Soi Lek tidak bermaksud begitu lebih-lebih lagi beliau Presiden MCA, parti komponen BN,” katanya. -Sinar Harian
0 ulasan:
Catat Ulasan