Oh Politik: Surai Di Negeri UMNO pon tadak Lektrik, air ?
Oh! Krai Utara
Tinjauan Sinar Harian mendapati aduan berkenaan sememangnya berasas setelah melihat sendiri di lokasi berkenaan.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi (Perkasa) Daerah Mersing, Ishak Awang, 58, berkata, surau itu dibina untuk kemudahan orang ramai tetapi tidak dapat digunakan kerana masalah ketiadaan air.
“Sepatutnya tempat solat harus dilengkapi dengan elektrik dan air bagi memudahkan pengunjung untuk bersolat, tetapi keadaan sebaliknya berlaku di sini, selain tiada pembahagi yang membezakan ruang solat lelaki dan perempuan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tempat solat ini juga seharusnya dijaga dengan baik kerana ia tempat ibadah untuk semua umat Islam.
“Tempat ini seharusnya dijaga dan dipedulikan oleh semua tetapi saya mendapat tahu ada binatang liar yang memasukinya serta keadaan ini boleh mencemari kebersihan ruang di dalamnya,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian turut mendapatkan pandangan daripada pengunjung dan orang ramai yang datang ke Mersing.
Penduduk Mersing, Abdul Wahab Mustafa, 56, berkata, papan tanda yang menunjukkan tempat ibadah sepatutnya diletakkan bagi memudahkan orang ramai mengetahui lokasinya.
“Tiada papan tanda diletakkan di sini, dan ramai orang tidak tahu kewujudan tempat solat ini dan ia seperti gajah putih,” katanya.
Seorang lagi penduduk Mersing, Mohd Khairul Anizam Wahab, 28, berkata, dia juga tidak mengetahui kewujudan tempat solat berkenaan walaupun menetap di daerah ini.
“Saya tidak mengetahui ada tempat solat disediakan di sini dan tidak dinafikan pembinaannya amat baik tetapi ketiadaan kemudahan asas menyebabkan fungsinya tidak dapat dilihat,” katanya.
Pengunjung, Zaleha Hashim, 42, berkata, dia datang ke Mersing untuk melawat anaknya yang belajar di Politeknik Mersing, tetapi apabila mahu menunaikan solat di tempat yang disediakan didapati ia kotor dan tiada air.
“Saya agak terkejut melihat keadaan tempat solat ini yang tiada air dan tidak terurus. Sepatutnya ia perlu dijaga dan diuruskan dengan sempurna,” katanya
Permasalahan yang timbul telah mendapat jawapan pihak berkenaan. -sinar harian 2/9/2010
Menurut pihak terbabit, pembinaan tempat solat itu bertujuan memudahkan orang ramai untuk sembahyang di situ. Namun, ketiadaan air yang berpunca daripada beberapa faktor lain menyukarkan keadaan dan tindakan segera akan diambil serta orang ramai dinasihatkan bersabar sehingga masalah ini diatasi.
0 ulasan:
Catat Ulasan