Oh! Setan:.GRO - Kerajaan Negeri kecewa
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri sedih dengan sena-rio penularan gejala Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dalam kalangan warga asing yang bermaharajalela di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar melahirkan kekecewaannya setelah menyedari kebebasan kemasukan wanita yang memperdagangkan layanan seks ini bergiat di negeri Serambi Mekah.
Menurutnya, walaupun terdapat pelbagai program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tetapi kegiatan itu tetap gah di Kelantan.
“Perkhidmatan tidak bermoral mereka ini bukan sahaja ditumpukan kepada lelaki yang berbangsa asing tetapi lelaki tempatan beragama Islam juga turut terbuai dengan layanan manja GRO ini.
“Jadi tahap kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara perlu dipertingkatkan dan bukan setakat itu sahaja. Mana-mana GRO yang sudah ditahan ia perlu disenaraihitamkan supaya tidak menyalahi permit mereka,” katanya kepada :Sinar Harian: semalam ketika mengulas berkaitan kegiatan GRO melibatkan wanita Thailand di Kelantan.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Pengkalan Chepa juga mengharapkan kerjasama melibatkan semua pihak perlu dipergiatkan supaya keadaan ini tidak menjadi lebih serius di negeri ini.
Sementara itu, beliau juga turut menyentuh berhubung gejala berhibur di negara jiran pada hujung minggu dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dengan menyeberangi sempadan.
“Saya mengharapkan pihak berkenaan termasuk ibu bapa juga dapat berganding bahu bagi memastikan permasalahan gejala sosial ini dapat dibendung seterusnya dihapuskan. - SH
0 ulasan:
Catat Ulasan