Oh! Politik:.Kerajaan Negeri kesal Pusat lulus lesen judi

Oh! Krai Utara

Share
TUMPAT - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melahirkan kekesalan terhadap Kerajaan Pusat kerana sanggup mengeluarkan lesen berkenaan untuk pertaruhan itu. 

Beliau berkata, tindakan sedemikian adalah salah satu yang dianggap menghina agama Islam dan sepatutnya mereka menghormati kerana agama Islam adalah agama rasmi negara. 

“Kita tidak boleh main-main dalam hal ini kerana perbuatan judi di kalangan umat Islam adalah haram. Saya hairan kenapa Kerajaan Pusat boleh mengeluarkan lesen kepada mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada Mat Dam Mat Salleh, 43, di Kam-pung Bukit, di sini, semalam. 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan perta-ruhan haram di negara ini. 

Awang Adek berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. 

Dalam perkembangan la-in, Ahmad berkata, Kerajaan Negeri di bawah Tabung Serambi Mekah membelanjakan hampir RM2 juta setahun bagi membantu rakyat Kelantan termasuk membaik pulih rumah. 

Beliau berkata, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan hampir RM1 juta dan setakat ini, Tabung Serambil Mekah mempunyai wang terkumpul sebanyak RM5 juta. 

“Setiap keluarga miskin yang hendak membaik pulih rumah, kita bantu sebanyak RM1,000 hingga RM2,000,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...