Oh! Politik:. Kesan Penarikan Subsidi Ke Atas Orang Melayu
Oh! Krai Utara
Malaysia ini penduduknya ramai yang berbangsa Melayu. Mutakhir ini, dikhabarkan bahawa segala macam subsidi akan ditarik.
Namun apakah kesannya kepada majoriti penduduk Malaysia iaitulah kaum Melayu?
Pada saya, ini adalah suatu langkah yang amat baik sekali oleh Najib. Kenapa?
Subsidi merupakan bantuan daripada kerajaan. Jika kerajaan tidak lagi memberi bantuan, ini bererti kerajaan tidak lagi memberi subsidi.
Apabila orang Melayu tidak mendapat bantuan mereka akan berusaha sendiri. Mereka akan menggandakan usaha mereka. Mereka akan berhijrah ke negara asing bagi mendapatkan teknologi, ilmu, wang dan agama baru.
Warga Melayu akan masuk kampung semula dan kembali ke alam agrikultur. Suatu bidang asas dalam memulakan bidang-bidang sampingan lain seperti IT. Syarikat SAMSUNG pun tanam tebu dahulu sebelum bikin barang elektronik. Tak lama lagi orang Melayu akan tubuhkan kilang sendiri. Sukanya saya :)
Kita akan menjadi hebat. Sehebat orang-orang Iran yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. Rakan Iran saya, bapanya ada berbuah-buah kilang paip di Iran. Melayu pun harus begitu dan bukan selama-lamanya bergantung dan menyusahkan kaum-kaum yang lain, khususnya kaum Cina. Sudah sekian lama orang Melayu memakan hasil keringat orang Cina sehingga mereka marah dan menggaji Mat Bangla dan Mat Nepal daripada menggaji orang tempatan.
Keharmonian kaum akan tercapai apabila orang Melayu mampu menghasilkan produk halal sendiri yang lebih terjamin mutu halalnya. Orang Melayu tidak akan berarak di jalanraya lagi membawa sepanduk tidak puas hati dengan gaji kecil. Kerana apabila orang Melayu mula berusaha menghasilkan barangan sendiri secara serius tanpa bantuan kerajaan, mereka secara automatik akan menjadi berada. Bak kata pepatah, rajin berusaha senang belanja.
Dengan ini, saya setuju dengan rancangan PM kita untuk menghapuskan subsidi. Najib harus digelar sebagai Bapa Reformasi.Namun apakah kesannya kepada majoriti penduduk Malaysia iaitulah kaum Melayu?
Pada saya, ini adalah suatu langkah yang amat baik sekali oleh Najib. Kenapa?
Subsidi merupakan bantuan daripada kerajaan. Jika kerajaan tidak lagi memberi bantuan, ini bererti kerajaan tidak lagi memberi subsidi.
Apabila orang Melayu tidak mendapat bantuan mereka akan berusaha sendiri. Mereka akan menggandakan usaha mereka. Mereka akan berhijrah ke negara asing bagi mendapatkan teknologi, ilmu, wang dan agama baru.
Warga Melayu akan masuk kampung semula dan kembali ke alam agrikultur. Suatu bidang asas dalam memulakan bidang-bidang sampingan lain seperti IT. Syarikat SAMSUNG pun tanam tebu dahulu sebelum bikin barang elektronik. Tak lama lagi orang Melayu akan tubuhkan kilang sendiri. Sukanya saya :)
Kita akan menjadi hebat. Sehebat orang-orang Iran yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. Rakan Iran saya, bapanya ada berbuah-buah kilang paip di Iran. Melayu pun harus begitu dan bukan selama-lamanya bergantung dan menyusahkan kaum-kaum yang lain, khususnya kaum Cina. Sudah sekian lama orang Melayu memakan hasil keringat orang Cina sehingga mereka marah dan menggaji Mat Bangla dan Mat Nepal daripada menggaji orang tempatan.
Keharmonian kaum akan tercapai apabila orang Melayu mampu menghasilkan produk halal sendiri yang lebih terjamin mutu halalnya. Orang Melayu tidak akan berarak di jalanraya lagi membawa sepanduk tidak puas hati dengan gaji kecil. Kerana apabila orang Melayu mula berusaha menghasilkan barangan sendiri secara serius tanpa bantuan kerajaan, mereka secara automatik akan menjadi berada. Bak kata pepatah, rajin berusaha senang belanja.
p/s: Janganlah bantu orang Melayu, kalau nak bantu bantulah kaum lain terutamanya kaum Cina. _hanief.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan