Oh! Politik:. Berhati-hati Musuh Dalam Selimut PKR
Oh! Krai Utara
KEADILAN yang merupakan parti muda yang berpotensi besar kerana populariti dan penerimaan rakyat terhadap perjuangannya yang berteraskan kepada nilai keadilan dan kesaksamaan menjadikan parti itu sasaran dan serangan bertubi-tubi Umno-Barisan Nasional yang mahu menyekat kemaraannya.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata oleh kerana Umno-BN amat takut dan gentar kepada kuasa rakyat yang menjadi tunggak parti serta diterajui oleh pemimpin ulung seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim maka sebab itulah segala jentera Umno-BN dijuruskan untuk memusnahkan KEADILAN.
"Oleh kerana itu kita lihat Umno-BN bermatian-matian menggunakan segala sumber dan kekuatannya untuk menghalang kemajuan parti ini.
"Dalam pilihan raya umum 2008 melihat dan mengkaji bahawa kekuatan KEADILAN datangnya dari kawasan campuran atau 'mixed areas' di mana ada pengundi Melayu, Cina dan India. Ini menjadikan Umno-BN amat takut kerana KEADILAN mampu menghancurkan segala impian mereka untuk terus menindas rakyat pada PRU 13 nanti.
Fariz berkata lagi Umno-BN melalui pengkhianat parti seperti Senator Ezam Mohd Nor yang pernah mengetuai AMK dahulu akan terus menerus menanam propaganda terhadap KEADILAN supaya rakyat hilang keyakinan terhadap parti.
"Hasil daripada itu kita melihat beberapa pemimpin parti lompat meninggalkan perjuangan. saya tidak berapa risau mengenai mereka kerana kita sudah tahu pendirian mereka terhadaparti dan kita boleh lawan mereka dalam arena politik.
"Yang lebih merbahaya ialah mereka yang duduk di dalam parti tetapi menjadi pengkhianat seperti musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan," Fariz memberi amaran semasa pengulungan perbahasan Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 petang tadi.
Beliau mengingatkan supaya ahli AMK memilih pemimpin yang menghayati dan ikhlas kepada perjuangan parti serta tidak leletakkan kepentingan peribadi mengatasi agenda parti.
"Pilih pemimpin berdasarkan merit, kemampuan, kebolehan serta prestasi kepimpinan dan bukan berdasarkan cai (kumpulan pilihan)," kata beliau.- SK
0 ulasan:
Catat Ulasan