Oh! Malaysiaku:. Pelajar Sekolah, Kakak Ditahan Reman Kes Sembunyi Kelahiran
Oh! Krai Utara
SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini 9 pagi semalam manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.
"Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang," katanya.
Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan