Oh! Politik:. Calon Pembangkang PRU 12 nyaris maut dilibas Kapak
Oh! Krai Utara
Warga emas nyaris maut dilibas kapak
JELI - Seorang warga emas nyaris maut apabila sebilah kapak yang dilibas hampir mengenainya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Jering, dekat sini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa, Mamat Jusoh, 61, atau lebih dikenali Ustaz Jak terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritenden Muhamad Hanifah Ab. Malik berkata, ketika kejadian mangsa yang berada di rumah telah dikunjungi seorang lelaki berusia 29 tahun.
Menurutnya, ketika mangsa membuka pintu utama rumahnya, seorang lelaki tidak dikenali telah melibas sebilah kapak ke arah mangsa.
“Menyedari perlakuan itu, mangsa sempat mengelak dari terkena libasan kapak berkenaan dan mengenai kain sarung dipakainya dan terkoyak
“Suspek kemudiannya mengacukan kapak yang dibawa dan meminta mangsa memandu keretanya ke balai polis Jeli untuk membuat laporan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata, ketika mangsa mengarahkannya untuk ke balai, suspek kemudiannya memecahkan beberapa bahagian kereta mangsa sebelum menyuruh mangsa memandu kereta berkenaan bersamanya.
“Semasa dalam kereta, suspek turut menampar dan menumbuk bahagian mata kiri mangsa sehinggalah tiba di balai polis.
“Mangsa yang masih memegang kapak yang dibawanya kemudian mencampakkannya di kawasan sekitar balai dan perlakuan itu disedari anggota bertugas,” katanya.
Katanya, mangsa dan suspek kemudiannya melaporkan kejadian berkenaan.
Suspek kemudiannya ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing yang dijalankan ianya didapati positif dadah.
Difahamkan, kejadian disyaki berlaku apabila mangsa yang juga calon parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu dikatakan mempunyai hubungan dengan ibunya kira-kira 10 tahun lalu. SH

0 ulasan:
Catat Ulasan