Oh! Politik:.Kuliah Jumaat Najib, Peliharalah kekuatan Saya
Oh! Krai Utara
Pertahankan Kekuatan Agar Nasib Tidak Buruk, Kata Najib
PEKAN, 29 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di Malaysia mempertahankan kekuatan sedia ada agar tidak menerima nasib buruk seperti umat Islam di negara tertentu.
Beliau berkata agama Islam sebagai agama yang syumul bukan sahaja menuntut kekuatan rohani, malah pelbagai aspek kehidupan bagi memastikan umat Islam terus cemerlang.
"Tidak ada contoh yang lebih lengkap selain nasib rakyat Palestin, kerana apabila tidak ada lagi kekuatan maka ketentuan akan dibuat oleh orang lain," katanya ketika berucap pada Program Imam Muda peringkat daerah Pekan di Masjid Al-Taqwa, Pekan, di sini, Jumaat malam.
Najib berkata nasib umat Islam di Palestin perlu menjadi iktibar betapa pentingnya kekuatan yang perlu dimiliki bagi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.
"Masjid ketiga ketinggian martabatnya iaitu masjid Al Aqsar, masjid itu kini dikawal Yahudi, hanya yang tua sahaja dibenarkan sembahyang di masjid itu, justeru itu, semua perlu sedar, jika tiada ada lagi kekuatan, maka ketentuan juga akan dibuat oleh orang lain," katanya.
-- BERNAMA

0 ulasan:
Catat Ulasan