Kartika dan beza antara Malaysia dan Brunei

Oh! Krai Utara

Share
Salam,

tahniah aku ucapkan buat saudari kerana telah mencuba untuk mendapatkan hukum yang paling baik, semoga anda mendapat rahmat di atas usaha saudari...dan lebih jauh dari itu cerita sedari untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar telah memberi pengajaran kepada seluruh umat manusia di negeri kita ini.

dan semakin jelaslah perangai mereka, cuba anda perhatikan


KUANTAN, 1 April (Bernama) -- Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat, atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan," titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, pada Khamis.

Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Pada 24 Ogos, 2009, dia sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang selama seminggu bagi menjalani hukuman sebatan yang dijatuhkan itu sebelum ia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pada 3 Mac lepas, Kartika Sari Dewi turut mengadakan pertemuan dengan Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) berhubung pelaksanaan
hukuman sebat itu.

Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Sultan Pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan kepada Kartika Sari Dewi.

-- BERNAMA
salin dari cacamarba

pemerintah brunei

http://kabilahmerdeka.blogspot.com/



Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP salin dari ijoks

jelaslah beza antara mereka, patutkah kita menilai mereka....

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    betul tu. masih tak terlambat lagi kalau ingin mencontohi mereka :)

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...