Tian Chua terlibat Kemalangan Maut
Oh! Krai Utara
Sebuah kenderaan yang dinaiki Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal ketika mereka dalam perjalanan ke sini untuk menghadiri ceramah malam semalam mengakibatkan penunggangnya maut.
Insiden pukul 9 malam itu, dikatakan berlaku di Kilometer (KM) 49 Jalan Johor Baru-Mersing apabila kereta berkenaan bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
Penunggang motosikal itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi - dua jam selepas kemalangan tersebut.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Salleh Hamdan, 23, seorang prebet di Kem Tentera Mersing.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohamed Sebot berkata, Tian Chua, pemandunya dan seorang lagi penumpang di dalam kereta Mercedes Benz yang dinaiki mereka itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Bagaimanapun katanya, lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta itu kini ditahan buat sementara waktu untuk membantu siasatan.baca lagi
0 ulasan:
Catat Ulasan