Musa Hassan Letak Jawatan

Oh! Krai Utara

Share
Musa Hassan Nafi Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan bahawa beliau meletakkan jawatannya sambil mempersoalkan sumber maklumat tidak sahih itu diperoleh.
Beliau menegaskan tiada sebarang surat peletakan jawatan diserahkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau sesiapa sahaja.
"Saya mahu tahu sumber manakah maklumat itu diperoleh, saluran rasmi atau bawah tanah.
"Saya tahu ia bukan daripada Kementerian Dalam negeri selepas saya periksa dengan Ketua Setiausaha, Datuk Mahmood Adam yang menafikan ada maklumat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar bahasa Cina yang melaporkan Musa dijangka melepaskan jawatannya pada 25 Mac iaitu ketika sambutan Hari Polis.
Beliau sebelum ini dilanjutkan kontraknya setahun lagi tahun dan dijadualkan bersara pada September depan.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima keputusannya itu.
Sementara itu, Musa menegaskan, laporan itu diterbitkan dengan memperoleh maklumat daripada saluran tidak rasmi termasuk 'bawah tanah' seolah-olah seperti sindiket yang disifatkan memalukan negara.
Katanya, jika maklumat-maklumat tidak sahih seperti itupun boleh dimanipulasi termasuk kedudukan Ketua Polis Negara maka ia adalah bencana kepada negara ini.
"Saya telah arahkan pegawai saya memeriksa dengan akhbar terbait dan mendapati sumber mereka telah memberikan maklumat yang tidak tepat," jelas beliau.
Dalam pada itu di Kuala Terengganu pagi ini, Hishammuddin menolak dakwaan mengenai peletakan jawatan Musa itu.
Malah beliau sendiri akan bertanya kepada pengarang akhbar terbabit motif di sebalik laporan itu dibuat.
Bagaimanapun beliau mengakui terdapat perubahan dalam dalam pasukan berkenaan dalam masa terdekat termasuk pertukaran pegawai-pegawai kanan polismstar


0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...