Isu Natrah,Umno diam membisu satu malaya
Oh! Krai Utara
ISU NATRAH TIDAK SATUKAN RAKYAT MELAYU – harakah daily
SHAH ALAM, 12 Mac: Merujuk pada sejarah Natrah yang meletus pada 1950 lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa umat Melayu tidak pernah bersatu seperti yang didakwa Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak pernah bersatu," kata beliau petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, di sini.
Menurut beliau, orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.
Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura.
"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan.
"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama Umno juga adalah tidak benar," jelasnnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, cita-cita PAS sejak 1951 dulu adalah mengajak semua rakyat pelbagai kaum bersatu padu atas nama keadilan Islam.
"Atas dasar Islam yang dipegang PAS, kita bukan nak rakyat berpecahk-pecah, kita nak semua rakyat berbilang kaum bersatu atas keadilan sosial yang diperkenalkan Islam," katanya.
Pun begitu, beliau berkata, PAS tidak perlu bersatu dengan Umno kerana parti perkauman Melayu itu cenderung pada kezaliman sejak era penjajahan lagi.
Sehubungan itu, beliau seolah-olah menganggap dasar perjuangan Melayu oleh Umno lebih hina dari dasar 'keadilan sosial' yang diperjuangkan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Dasar perjuangan Umno lebih hina dari parti-parti politik yang lain, bersama kami (dalam Pakatan Rakyat) kerana parti-parti ini memperjuangkan keadilan sosial," jelasnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan