Orang Asli ni dahhh lebihh!
Oh! Krai Utara
Aku rasa itulah yang akan terpacul dari mulut manusia yang berkenaan, poning kopala dio nok gagau duit, 800 juto bro. Kurang sikit dari satu bilion je, sikit je lagi dengan satu bilion. Pandai betul la orang asli sekarang ni. Hidup Orang Asli! dah pandai dah korang semua ye. Mintak lah apa pun, aku setuju aje, PRU dah nak dekat dah ni, mintak ajelah. Kalau Tak dapat korang toksah keluar ngundi, mampoih PM 1Malasia.
Maka aku rasa bertambah-tambahlah bebannan kepalo hotak dia sebagai seorang penghulu Kampong 1Malaysia nis.
Pandai betul korang ye, tahniah ler.
JHEOA Pohon RM800 Juta Untuk Pembangunan Orang Asli Dalam RMK-10
GUA MUSANG: Jabatan Hal Ehwal OrangOrang As Asli (JHEOA) memohon peruntukan RM800 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek yang dirancang bagi meningkatkan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata sebahagian besar peruntukan itu akan dibelanjakan untuk meningkatkan pendidikan di kalangan anak Orang Asli selain pelaksanaan projek kemudahan asas di 869 kampung untuk dinikmati 13,000 keluarga di seluruh negara.
Katanya, beliau menjangkakan apabila dilaksanakan, ia dapat memberi kemajuan lebih tinggi dalam pendidikan anak Orang Asli kerana sasarannya seramai 112 pelajar kaum itu berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
"Keadaan itu semakin berubah sejak kebelakangan ini kerana penduduk Orang Asli sedar mereka ketinggalan dalam mengejar kemajuan itu, menyebabkan mereka kini berminat menghantar anak ke sekolah," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan 1Malaysia untuk kemajuan pelajaran masyarakat Orang Asli seluruh negara di Kampung Kuala Betis, dekat sini hari ini.
Pelancaran tabung itu dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Nenggiri, Md Yusoff Ab Ghani.
Nisra Nisran berkata pencapaian pendidikan pelajar anak Orang Asli semakin membanggakan setiap tahun dan ini membuktikan mereka ada keupayaan serta minat dalam mengejar kemajuan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. - BERNAMA
15 Mac 2010 pada 3:47 PTG
pakcik kayooo...pakcik kayoo....kalaulah krjaan persekutuan luluskan peruntukan utk orang asli ni Fuyoo......Fuyoo.....ramailah juak2 umno yang kaya lepas ni sebab berpuluh2 projek akan dilaksanakan kepada orang asli ni,tak ramai jumlahnya cuma 13,000 seluruh malaysia.kalau kita bahagikan 13,000 ni dgn 800juta fulamak byk woooo...aku pun nak pi jadi orang asli jgak la macam ni.Biasala umno peruntukan berjuta2 perlaksanaannya atas kertas aje tapi realitinya duit abis projek tak siap kalau siap pun tak ikut spec runtuh sana sini,itu lah slogan depa dulu kini dan selamanya.songlap..songlap...dan terus songlap.