MICHAEL mendengar aduan Chia yang mendakwa dia dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di Biro Pengaduan Awam MCA di Jalan Ampang semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 61 tahun terpaksa menjalani kehidupan ibarat di dalam 'neraka' gara-gara kelakuan suaminya yang kerap memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Lebih malang lagi, setiap perlakuan seks tersebut akan dirakam oleh suaminya menggunakan kamera video sebelum ia ditonton semula lelaki itu kononnya sebagai kepuasan diri sendiri.
Setakat ini, wanita itu telah dipaksa menjalinkan hubungan seks dengan lebih 30 lelaki muda berusia 21 hingga 40 tahun. Lelaki-lelaki berkenaan dibayar upah tertentu, kebanyakannya dalam bentuk minuman keras.
0 ulasan:
Catat Ulasan