Suara Umum Kelantan (SUK) mahu blog dedah penaja Nik Aziz disiasat
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU - Sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Suara Umum Kelantan (SUK) membuat laporan polis supaya siasatan dapat dilakukan terhadap sebuah laman blog yang mendedahkan individu yang terlibat dalam menaja Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz menunaikan haji.
Wakilnya kumpulan tersebut, Zukifli Mohd Zin berkata, laporan yang dibuat di Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu itu untuk memastikan tulisan dalam blog itu disiasat jika terdapat bukti bahawa apa yang didakwa itu benar.
“Kita mahu ia disiasat dengan seadilnya, jika penulis blog itu salah dan berbohong, tindakan harus dikenakan kepada penulisnya dan jika betul apa yang didakwanya satu penyiasatan lanjut harus dilakukan oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut di sini semalam.
Laporan blog yang dikenali sebagai ‘newsbreakers itu’ mendedahkan kekayaan yang dimiliki oleh individu yang menaja Menteri Besar Kelantan itu hasil dari perolehan projek Kerajaan Negeri selain pemegang saham utama dalam beberapa syarikat.
Zulkifli berkata, walaupun siasat telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap Nik Abdul Aziz berhubung dengan penajaan tersebut, namun pihaknya mendapat banyak lagi sudut siasatan yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa jika apa yang dilaporkan oleh blog itu benar.
“Kita tiada ada apa-apa niat di sebalik laporan ini, apa yang penting rakyat mahu tahu apakan yang dilaporkan benar dan jika benar perkara ini perlu diambil perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa,” katanya.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan soal penajaan menjadi isu oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun, Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Zaki Ibrahim mempertahankan tindakan Nik Abdul Aziz menerima tajaan tersebut dan menanggap ia sebagai budaya masyarakat di negeri ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya. - www.sinarharian.com.my
0 ulasan:
Catat Ulasan