Allah akan Makbulkan Doa Orang Yang Kena Zalim, Macam Najib Zalimi Kita - Rakyat Kelantan

Oh! Krai Utara

Share
MENTERI Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menzahirkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi oleh kerajaan pusat yang enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri.

“Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan,” katanya dalam Himpunan Perpaduan Ummah ‘PAS For All'.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya – supaya rakyat Kelantan berdoa agar Najib dibinasakan.

TGNA juga menyatakan rasa tidak ambil peduli terhadap laporan berat sebelah beberapa media massa.

“Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka,” ujarnya.

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

“Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan),” doa Nik Aziz

“Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya.”

“Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat.”

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

“Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru,” ujarnya. -zainulfaqar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...