SEMINAR PAS: APAKAH TUAN IBRAHIM TUAN MAN SALAH SATU DARI ANGGOTA UG?
Oh! Krai Utara
Saya hairan juga. MAsa HAsan Ali buat perangai, takda pun Dato Tuan Ibrahim bising. Tapi bila Tok Guru guna blog, tiba-tiba Tuan Ibrahim boleh menyerang dengan begitu hebat sekali.
Malahan, waktu pemimpin2 PAS berselingkuh dengan UMNO dalam gelap, Tuan Ibrahim senyap sunyi tak dengar pun suara beliau. Tapi, bila ahli dan penyokong menegur parti menggunakan blog, itu yang cuba dicegah oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kenapa Tuan Ibrahim Menghentam Tok Guru Nik Aziz Dalam Seminar Tempohari?
Saya bersedih atas kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau melahirkan perasaan tidak puas hati kepada sebahagian ahli jemaah yang menggunakan blog. Secara otomatik, Tuan Ibrahim telah mengatakan bahawa Tok Guru Nik Aziz telah melakukan perkara yang tidak berakhlak jemaah.
Saya sedih kerana hak untuk menegur kepimpinan dan menegur perjalanan parti adalah hak yang diberi kepada kami oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:
"110. Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."
Ayat diatas menyatakan bahawa kita adalah umat yang terbaik kerana kita menyuruh yang maaruf dan mencegah kemungkaran. Ertinya selagi Amar Maaruf Nahi Mungkar berjalan, maka kita akan terus dimuliakan oleh Allah SWT. Malahan, di Indonesia, disebabkan aktifnya Amar Maaruf dan Nahi Mungkar, Allah SWT menghalang berlakunya gempa di Jakarta.
Apa yang dilakukan oleh para blogger adalah semata-mata mencegah kemungkaran yang berlaku dalam jemaah supaya jemaah PAS sentiasa berada atas landasan Islam dan landasan dakwah. Tugas kami memastikan PAS tidak disalah gunakan untuk kepentingan pribadi beberapa orang pemimpin PAS.
Apakah Tindakan Tok Guru Salah Mengikut Syariat Islam?
Tuan Ibrahim dengan selamba menghentam Tok Guru Nik Aziz (walaupun tak sebut nama) kerana dalam posting terakhir Tok Guru, beberapa nama telah disebut. Maksudnya, Tuan Ibrahim kata Tok Guru ni tak ada akhlak jemaah kerana menggunakan jemaah dalam membicakan hal ehwal parti?
Soalnya sekarang, mengapa ahli2 PAS tidak boleh membicarakan hal ehwal parti? Apabila undi, mahu kami mengundi PAS, Harakah nak suruh kita beli, demonstrasi nak kami ikut sekali, apabila ada ceramah mahu kami ikut sekali, apabila minta derma mahu kami bagi duit dsbnya.
Tapi apabila ahli dan penyokong bagi idea dan teguran, tak sedia pula menerima? Adakah itu adil?
Apa jenis pemimpin kalau teguran dari ahli bawah pun nak dilabel dengan berbagai-bagai label yang negatif. Tak da akhlak jemaah la, tak ikut saluran la dsbnya.
Bayangkan orang yang lagi baik dari Tuan Ibrahim, namanya Saidina Umar RA telah disergah oleh seorang yang tidak dikenali dengan amaran bahwa sekiranya Saidina Umar RA menyeleweng, beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar menjawab dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana ada yang masih berani menegur beliau dengan pedang.
Tapi, kalau SAidina Umar ni mengikut sunnah Tuan Ibrahim Tuan Man, nescaya Saidina Umar sudah memaki orang itu dan mengatakan orang itu tiada akhlak jemaah.
Kenapa Masa Hasan Ali Buat Perangai, Ustaz Tuan Ibrahim Senyap?
Saya hairan juga. MAsa HAsan Ali buat perangai, takda pun Dato Tuan Ibrahim bising. Tapi bila Tok Guru guna blog, tiba-tiba Tuan Ibrahim boleh menyerang dengan begitu hebat sekali.
Malahan, waktu pemimpin2 PAS berselingkuh dengan UMNO dalam gelap, Tuan Ibrahim senyap sunyi tak dengar pun suara beliau. Tapi, bila ahli dan penyokong menegur parti menggunakan blog, itu yang cuba dicegah oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ada komen dari Blog Bongkar Sauh:
"TIGA – PENYERTAAN TUAN IBRAHIM DALAM FORUM ADALAH BIAS
Penganjur mungkin berpendapat Tuan Ibrahim perlu dalam forum bersama dua jemputan untuk mengimbangi pandangan mereka yang agak kritikal dengan PAS. Bagi saya itu tidak perlu kerana banyak pembahas yang bakal mengimbangi pandangan kedua-dua penalis itu.
Tuan Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?
Samada dia mengulasnya atau tidak, persepsi sebahagian audiens terhadapnya bakal serong."
Antara Teguran Tuan Ibrahim Dengan Contoh Tauladan Tok Guru Nik Aziz
Saya berpegang dengan contoh tauladan Tok Guru Nik Aziz sebab saya tahu dengan fakta bahawa Tok Guru lebih alim dan lebih memahami Islam berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dan ada nas yang jelas menyokong tindakan Tok Guru dalam bentuk ijma’ Sahabi berbanding dengan teguran Tuan Ibrahim sendiri yang tiada nas yang jelas.
Seterusnya, janganlah dihalang kebebasan menegur dan bersuara dalam jemaah. Yang dipentingkan adalah hujjah bukan sentimen. Kenyataan Tuan Ibrahim mengarah kepada menjadikan PAS seperti UMNO yang langsung tidak mengizinkan kebebasan bersuara.
Hasilnya, golongan yang jahat dan berkepentingan serta berduit mengambil alih UMNO dan kerosakan UMNO sudah tidak dapat dibetulkan lagi.
Nak Tegur Ikut Saluran. Tapi Saluran Apa?
Itu juga diperkatakan oleh Tuan Ibrahim. Namun semua orang tahu, bahawa dalam PAS sekiranya mengikut saluran biasanya pendapat serta pernyataan kita tidak lama akan hilang.
Lebih teruk lagi macam apa yang terjadi pada Khalid Samad dan Saari Sungip. Apabila menegur ikut saluran, mereka terpecat dari Dewan Harian PAS Negeri.
Blog menjadi medan meluahkan perasaan serta menyalurkan maklumat pada ahli2 dan penyokong PAS kerana saluran bersuara dalam PAS amat sempit. Dan 90% dari biasa suara ahli akan hilang begitu sahaja. Biasanya hanya apabila PAS kalah pilihanraya baru orang nampak teguran2 yang telah dibuat. Misal yang paling besar adalah PAS Terengganu sebelum PRU 2004.
Kalau tidak kerana blog dan saluran berita alternatif, nescaya PAS sekarang sudah pun menjadi komponen Barisan Nasional.
Saya minta Tuan Ibrahim Tuan Man kembali kepada Sunnah para Sahabat yang jelas baik untuk PAS dan Islam. Kalau tiada apa yang hendak dilindungi, kenapa takut dengan pendedahan blogger?
Kalau Nabi SAW masih hidup sekarang ini, nescaya Nabi SAW tidak akan membuat teguran seperti mana yang telah dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Wallahualam
Tulang Besi
10 November 2009 pada 12:41 PG
Ust Tuan Ibrahim adalah anak saudara TGNA,dia tidak akan tergamak untuk menghentam TGNA kerana dia diasuh TGNA dari semasa kecil lagi.
Mungkin kita gagal memahami maksud beliau.
Ana kenal ust Tuan secara peribadi agak lama,sejak beliau masih pensyarah di UITM Kuantan lagi.
Mudah-mudahan hasil penyiasatan nanti akan menyerlahkan kebenaran.