Lantik Nik Aziz baik untuk masa depan PR
Oh! Krai Utara
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut memandangkan ketokohan Menteri Besar Kelantan itu terserlah selain mempunyai pertalian yang baik dengan pemimpin PR yang lain.
“Saya percaya Nik Aziz mempunyai kredibiliti tersendiri yang membolehkan beliau menerajui PR dengan lebih cemerlang memandangkan beliau telah berkhidmat selama 42 tahun sebagai ahli pemimpin dan DUN. Oleh itu pengalaman yang beliau ada sudah cukup untuk membawa pakatan terus maju ke hadapan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim kelmarin yang mencadangkan Mursyidul Am Pas itu dilantik sebagi Pengerusi PR sekiranya pakatan itu mahu ia terus diterima rakyat.
Wan Rahim yang juga Penasihat Jentera Pilihan raya Pas Kelantan berkata, Zaid mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dan mengetahui keupayaan Menteri Besar Kelantan itu membawa PR maju ke hadapan.
“Kita telah mengetahui Zaid mempunyai hubungan rapat dengan Tok Guru dan sudah beberapa kali menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Zaid. Oleh itu sifat-sifat kepimpinan yang ada oleh Tok Guru jelas diketahui oleh Zaid,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya adakah cadangan tersebut menjadikan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berkurangan, Wan Rahim berkata, ia adalah isu berlainan.
“Jawatan yang dipegang oleh Anwar kini adalah berbeza dengan cadangan tersebut. Pengerusi PR masih belum dilantik, saya percaya soal pengaruh kurang atau tidak bukan menjadi isu.
“Malah soal jawatan ini automatik dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menang pilihan raya juga tidak timbul kerana ia bukan sama dengan apa yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN). Soal pelantikan jawatan Perdana Menteri kita putuskan di waktu lain,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan