BN sedia bertanding di Kota Siputeh - Najib Tak Takut
Oh! Krai Utara
Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.
"Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Bio-Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturutturut tanpa kebenaran speaker.
Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh. BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan