90 Peratus Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Tanah Suci

Oh! Krai Utara

Share
Kira-kira 90 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba ke tanah suci menjelang bermulanya musim haji 26 November ini.
Ketua rombongan haji Malaysia, Mohd Salleh Abd Mubin berkata penerbangan terakhir yang membawa jemaah haji Malaysia dijangka mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Jeddah Sabtu ini.
"Penerbangan terakhir menerusi terminal haji di Madinah di jangka mendarat esok manakala semua penerbangan selepas itu akan mendarat di Jeddah," katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini semalam.
Penerbangan yang membawa rombongan pertama kira-kira 450 orang jemaah haji Malaysia mendarat di terminal haji di Madinah pada 20 Oktober lepas dan mereka memasuki kota Mekah tujuh hari kemudian.
Jemaah haji Malaysia kini ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar kota Mekah sementara menunggu wukuf pada 26 November ini. BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...