Pakatan Rakyat tidak jadi boikot Sidang DUN Perak
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang yang sebelum ini berhasrat memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 28 Oktober ini atas alasan notis dikeluarkan oleh Speaker, Datuk R Ganesan, sebagai tidak sah, semalam mengubah pendiriannya.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata keputusan untuk menghadiri Sidang DUN itu dibuat selepas menerima notis daripada bekas Speaker yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar memaklumkan persidangan itu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sama.
"Pakatan pembangkang masih mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak, justeru akan mematuhi notis yang dikeluarkannya dan pada masa sama meminta Ganesan menarik balik notis dikeluarkannya kerana arahan yang dikeluarkan tidak sah.
"Kalau dulu ada desas-desus kami tidak akan hadir, tetapi hari ini (semalam) kami memutuskan akan hadir pada hari tersebut,” kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sebelum ini dikatakan tidak akan hadir sama sekali pada Sidang DUN yang bakal diadakan melainkan atas arahan Sivakumar.- sinar harian
0 ulasan:
Catat Ulasan