Seminar Politik gantikan EGM: Hadi Awang
Oh! Krai Utara
Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan itu selepas mesyuarat selama empat jam pada malam Rabu.
Mesyuarat itu juga mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat Pas Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
"Selepas berbincang panjang, kami bersetuju memutuskan, pertama, berusaha untuk terus mengukuhkan Pakatan Rakyat dan Pas akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat," kata Hadi pada persidangan akhbar selepas mesyuarat malam ini.
"Sementara itu, isu kerajan perpaduan ditutup, kerana kami tetap dengan Pakatan Rakyat. Kita juga setuju EGM tak ada, dan diganti dengan seminar politik yang akan dihadiri oleh perwakilan dari seluruh negara untuk membincangkan isu-isu memperkasakan Pas," tambah Hadi. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan