Liga Parlimen Kuala Krai berlangsung petang ini
Oh! Krai Utara
KUALA KRAI - Orang ramai terutama peminat bola sepak dijemput menyaksikan siri perlawanan Liga Parlimen Kuala Krai 2009 yang akan berlangsung di Padang KTM, di sini, bermula petang ini.
Pengarah liga itu, Ismail Mohamad berkata, sebanyak lapan pasukan terdiri dalam kalangan juara dan naib juara Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing akan menyertai Liga Parlimen kali ini.
Menurutnya, perlawanan pertama liga yang dijangka bermula jam 5 petang akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Angkatan Muda Keadilan (AMK) KTM dari DUN Guchil dan Bukit Sireh (DUN Mengkebang).
“Ketika perlawanan pertama ini berhenti rehat separuh masa, kita akan selitkan dengan perasmian liga yang dijangka disempurnakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zin,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ismail berkata, selain AMK Keadilan, DUN Guchil turut diwakili juara Liga DUN itu, Pahi FC manakala bersama Bukit Sireh mewakili DUN Mengkebang pasukan Blok Pasir Puteh, juga juara di peringkat Liga DUN.
Menurutnya, DUN Dabong pula diwakili pasukan Kuala Geris dan Sungai Sam manakala pasukan Laloh dan Lepan Kabu mewakili DUN Manek Urai selepas muncul juara dan naib juara Liga DUN masing-masing.
Selepas perlawanan pembukaan katanya, siri perlawanan liga itu seterusnya akan diadakan pada setiap petang di padang sama termasuk dua sesi pada setiap Jumaat dan Sabtu.
“Jadual rasmi perlawanan sudah diserahkan kepada pengurus masing-masing dan bagi pasukan yang jauh dari DUN Dabong, kita akan serahkan esok (hari ini),” katanya.
Ismail berkata, Liga Parlimen sebagai kemuncak Liga DUN yang berakhir penghujung Mei lalu itu dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai dan dijangka berakhir pada 14 Oktober ini. -sinar harian
0 ulasan:
Catat Ulasan