Soi Lek umum manifesto menjelang EGM

Oh! Krai Utara

Share KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, hari ini mengumumkan manifestonya yang bertujuan mengembalikan kekuatan parti selain membidas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu Sabtu ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Dr Chua berkata bahawa sejak Ong menerajui MCA setahun lalu, pengaruh parti itu dalam politik tanah air dan di kalangan ahli akar umbi telah merosot.

Beliau berkata, Ong harus bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Mesyuarat agung luar biasa parti itu bagi menyelesaikan perbalahan antara Ong dan Chua yang tercetus berikutan tindakan Jawatankuasa Disiplin MCA memecat Dr Chua.

Hukuman itu kemudiannya ditukar kepada penggantungan keahliannya selama empat tahun.

Dr Chua juga berkata, setiap anggota MCA perlu memberi tumpuan terhadap usaha mengembalikan kekuatan parti. - Bernama 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...