Calon Bagan Pinang : Pembangkang Patut Cermin Diri
Oh! Krai Utara
Oleh Adnil Mohd
Seremban -- Pemuda UMNO negeri berpendapat hanya rakyat khususnya pengundi di Bagan Pinang tahu menilai kewibawaan yang ada pada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad.
Justeru Ketua Pemudanya, Mohd Helmey Din menyerahkan kepada pengundi di kawasan terbabit untuk membuat penilaian serta pilihan pada pilihan raya kecil DUN berkenaan 13 Oktober ini.
Beliau seterusnya percaya kritikan daripada pembangkang terhadap Tan Sri Isa tidak akan membawa apa-apa makna kerana bekas MB Negeri Sembian itu merupakan pemimpin yang dekat dengan rakyat.
“Pembangkang ini kalau kita pilih siapa pun calon, mereka akan hentam dan kutuk macam-macam. Pendek kata kalau kita pakai baju pun mereka akan kata senget dan sebagainya.
“Kita nak tanya mereka pula..adakah pemimpin mereka bersih dan bebas daripada segala-galanya. Bagaimana dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang. Bukankah beliau sebelum ini pernah dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa.
“Begitu juga dengan Lim Guan Eng. Bukankah beliau pernah dihukum penjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhirnya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tohmahan serta kritikan terhadap Tan Sri Mohd Isa setelah beliau dimumkan sebagai calon BN DUN Bagan Pinang.
Helmey yang juga Ketua Pemuda Rasah seterusnya berkata rakyat Negeri Sembilan sudah cukup tahu jasa-jasa Isa menjadi Menteri Besar selama 22 tahun.
“Tambahan pula kata beliau lagi, calon BN itu merupakan anak tempatan yang mana disenangi kawan dan lawan.
“Berbanding calon lawan, beliau bukanlah anak tempatan dan kalau tidak salah saya, beliau telah tiga kali bertanding di DUN Lenggeng dan semunya kalah. Bukankah ini pun layak dipanggil calon kitar semula dan Pas kepupusan calon yang baru”, soalnya.-petikan web pemuda UMNO
0 ulasan:
Catat Ulasan