Bukan Takat Bagan Pinang Saja, Rakyat Menagih JANJI Pemimpin BN!! kat Tenom pun sama.

Oh! Krai Utara

Share RAKYAT MENAGIH JANJI PEMIMPIN BN?


TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap Flavius Robert 40, (gambar) menyokong tindakan 19 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Zon Melalap menghantar memorandum kepada kerajaan, malah tindakan itu melambangkan protes rakyat kepada kerajaan kerana gagal menunaikan pembangunan yang dijanjikan pemimpin mereka sebelum pilihanraya (PRU) umum lalu.
Katanya, para Pengerusi JKKK terbabit terpaksa bertindak sedemikian kerana sudah bosan dan tidak sanggup bertahan lagi diatas asakan rakyat yang semakin mendesak kerana menagih janji janji tersebut.

SEDERET KEDAI MELALAP…..lesu dan lengang lagi kotor
“ Nampaknya apa yang disuarakan pembangkang sebelum ini jelas masalah itu senada dengan citarasa para JKKK Gabungan Melalap dan bukan sekadar mainan politik pembangkang semata mata seperti yang BN dakwa,” kata beliau disini pada Ahad.
Flavius yang juga seorang pesara pilihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata demikian kepada Harian Ekspress ketika mengulas tindakan 19 Pengerusi JKKK yang menghantar memorandum kepada kerajaan baru baru ini, menagih janji pembangunan yang belum tertunai sejak sebelum PRU ke12.
“ Sesiapa juga rakyat disesuatu kawasan berhak menagih janji yang sudah ditaburkan pemimpin…tetapi mungkin tagihan itu kurang logik jika baru dua atau tiga bulan selepas dijanjikan…bagaimanapun janji kawasan Melalap bukan lagi dua atau tiga bulan malah melebih setahun lalu. Jadi, sudah tentulah rakyat menagih janji itu,” jelas Flavius.
Selain itu kata Flavius, sebelum ini pun bukan setakat mereka berjanji mewartakan Pekan Kecil Melalap, malah banyak lagi pembangunan yang telah dijanjikan seperti,

BALAI POLIS MELALAP….biarpun lengang keselamatan tetap dijaga
Pembinaan jambatan baru Binaie dan sebuah lagi jambatan antara Pusat Kebudayaan Murut menyeberang ke Taman Pertanian Lagud Seberang, tetapi sehingga kini belum ada tanda tanda janji itu ditunaikan, jelas Flavius.
Sementara itu, beberapa pemimpin setempat dikawasan itu ketika ditemui turut menjelas bahawa, cadangan asal menjadikan Pekan Kecil Melalap timbul ketika era mantan Ahli Parlimen Tenom Datuk Rizalman Abdullah dalam usaha beliau mengembangkan zon persekitaran aktiviti ekonomi agar terus berkembang pesat.
Bagaimanapun usaha beliau itu difahamkan telah berakhir setakat disitu selepas beliau tidak lagi dipilih menjadi wakil rakyat bagi penggal kedua sekitar tahun 2004, menjadikan rancangannya tidak berkesinambungan selepas itu.- sabah daily

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...