Iklan Judi dan Riba dalam Blog dan Akhbar
Oh! Krai Utara
Judi. Islam telah mengharamkan semua unsur perjudian. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya mengharamkan judi dan menyuruh umat Islam menjauhinya kerana ia adalah perbuatan keji dan ia adalah perbuatan syaitan serta tergolong daripada dosa-dosa besar.
Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.(Surah Al- Baqarah: 219)
FirmanNya lagi: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.(Surah Al-Ma’idah: 90)
Dan firmanNya yang lain: Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.(Surah Al-Ma’idah: 91)
Riba. Begitu juga Dosa Riba. Semua kita telah mengetahuinya. Tidak perlulah saya bawakan dalil berkaitanya lagi.
Isu Penglibatan Kita Semua Dalam Kedua Dosa Besar Tersebut.
Persoalannya berapa ramai pula antara kita yang menyedari bahawa mereka telah terbabit secara sedar (patut sedar) atau tidak, atau secara langsung atau tidak, bahawa kita sebenarnya telah terlibat dan memberi kerjasama dalam suatu perlakuan Dosa Riba dan Judi ini? Wal iyazubillah!
Adalah perlu difahami Dosa atas penglibatan kepada satu perlakuan atau amalan Judi adalah menimpa kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perlakukan itu iaitu samada secara aktif atau pasif, langsung atau tidak langsung mengikut kadar sokongan dan sumbangannya dalam perlakuan Dosa itu seperti memberi kerjasama, bantuan, galakan, turut gembira, bersama merai dan memakan hasilnya dan lain-lain.
Dalil : Ayat Al-Quran. “Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan” (Al-Maidah: 2).
Hadis Nabi: “Rasulullah Solallahu ’alaihiwasallam melaknat tentang arak, atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah).
Walaupun hadis ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. Begitu jugalah dalam hal judi dan Riba.
Merujuk kepada kedua dalil dan nas ini maka adalah cuba kita semak akhbar-akhbar di Malaysia ini
Iklan Judi di Akhbar. Percayalah saya dah semak suatu akhbar perdana berbahasa melayu yang majoriti pembaca-pembacanya adalah orang-orang Islam (yang tidak digemari pembangkang). Memang Ada. Yalah walaupun jenis yang berlesen.
Iklan Riba Di Akhbar dan Blog. Ini sangat banyak. Ia menunjukkan umat Islam masih kurang prihatin atau kurang ilmu. Cuba perhatikan ruang iklan pada semua akhbar dan juga blog-blog popular yang dah disaratkan dengan iklan-iklan. Lihat pada iklan- pelbagai bentuk dan jenis pinjaman yang ditawarkan. Begitu banyak. Perkataan Pinjaman sudah begitu sinonim dengan Riba. Sangat berbau Riba. Asalkan pinjaman Konvensional, ia adalah Riba. Kalau ia tertulis pinjaman syariah, ia menunjukkan kejahilan dalam memahami istilah kewangan syariah, maka ia juga berbau Riba. Dalam blog-blog, ada walaupun tak banyak.
Berat ke Ringan Kerjasama Dalam Perlakuan Dosa ini.
Bukankah fungsi iklan untuk mempromosikan bagi tujuan melariskan lagi suatu produk? Ia adalah suatu fungsi penting dalam penyebaran maklumat? Entah berapa juta orang membaca iklan itu? Jika ia dikatakan kononnya dosa kecil dalam menjayakan dosa besar, ia dilakukan saban hari dan berterusan.. tak jadi dosa besarke… sikit-sikit ,lama-lama tak ke jadi bukit?, Bukankah iklan-iklan ini memberi pendapatan kepada yang mengiklankan? Bagaimana hasil pendapatan darinya? Bagaimana sumbangan kita yang membeli akhbar dan yang membacanya? Sehari demi sehari? (Nasib Baik aku tak beli akhbar dah).
Berhati-hatilah saudara-saudaraku seakidah! Sendiri mahu fikir, sendiri buat pilihan. Sendiri buat keputusan. Sendiri juga yang kena jawab nanti. Wallahu taala alam.
Selamat berpuasa (khusus dalam khusus) Abudubeis @ http://abu-dubeis.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan