"Berat Ku Li Lo Ni, Tadok Semangat UMNO laa"

Oh! Krai Utara

Share
Ku Li tiada semangat kesatuan

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) terus bersama Kerajaan Negeri menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak sebagai tiada semangat kesatuan. 

Katanya, kenyataan Ku Li mengatakan beliau masih setia bersama perjuangan UMNO walaupun terus bertahan untuk menuntut royalti minyak menunjukkan beliau tidak menyokong kepimpinan dan parti. 

“Kesetiaan beliau boleh dipertikai kerana dalam organisasi, kita kena sama-sama perjuangkan hasrat kepimpinan dan tidak akan sesekali bertindak sendiri. 

“Tindakan Ku Li itu jelas menunjukkan beliau tiada semangat kesatuan dan tidak menyokong kepimpinan malah bertindak menyuarakannya secara terbuka,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika dihubungi. 

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Ku Li yang menegaskan beliau masih setia kepada perjuangan UMNO walaupun terus menyuarakan hak rakyat Kelantan dalam tuntutan royalti minyak dan menolak dakwaan tidak lagi setia kepada parti berkenaan. 

Hanafi berkata, sekiranya Ku Li berbeza pendapat sekalipun, beliau tidak seharusnya bertindak sendiri dengan membelakangkan kepimpinan, sebaliknya perlu menyuarakan dalam organisasi. 

“Kita berada dalam satu parti dan memperjuangkan perkara yang sama. Apa-apa percanggahan pendapat dan pandangan hendaklah disuarakan dalam organisasi bukannya secara terbuka di luar, secara tidak langsung ia memperlihatkan tiada kesatuan antara beliau dengan kepimpinan dan parti,” katanya. 

Bagaimanapun Hanafi tidak menolak kemungkinan Ku Li lebih tahu apa yang dilakukannya dan sanggup bertanggungjawab atas setiap tindakan. 

Katanya, sebagai pemimpin yang bijak dan banyak berjasa, Ku Li lebih faham atas setiap tindakan yang dibuat termasuklah bersama Kerajaan Negeri Kelantan menuntut royalti minyak. sinar harian

“Secara peribadi, saya anggap Ku Li lebih tahu apa yang dibuat,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...