PRK Permatang Pasir: Salleh Man calon PAS

Oh! Krai Utara

Share

PERMATANG PASIR, 15 Ogos - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, dekat sini selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya lima jam sebelum itu. Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar.

Sehingga kini, dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu yang juga bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini. Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...