Pemuda PAKATAN lancar jentera di PRK Permatang Pasir

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, akan disempurnakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 jam 5 Petang di Permatang Pasir.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi berkata, Jentera Pemuda Pakatan Rakyat ini akan dikerahkan semaksima mungkin untuk mempertahankan kemenangan Pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi dari Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara. "Semoga semua pemuda dari negeri-negeri telah siap jadual bertugas ke Permatang Pasir dan hadir semua pada hari raptainya iaitu Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat. Majlis ini akan berlangsung pada 16 hb Ogos nanti tepat jam 5 petang," kata beliau dalam satu kenyataan di blog peribadinya semalam. Beliau dalam tulisannya itu memaklumkan, bahawa Pemuda Pakatan Rakyat dari seluruh negara juga akan berkampung di Permatang Pasir sehingga keesokkan harinya untuk memberi sokongan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 17 Ogos nanti. Selain itu, beliau turut berharap agar seluruh anggota pemuda dapat memberikan komitmen yang terbaik sekaligus tenaga tersebut diberikan seikhlasnya untuk terus memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. "Ok! Pemuda, kita jumpa di Permatang Pasir 16hb ini untuk terus mengerahkan tenaga, idea, wang ringgit demi sebuah perjuangan yang kita dokong. Saya bangga dengan kalian semua!," tulis beliau lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...