Era PRK Permatang Pasir : Khairy Tidak Sedar Diri, Dakwa Hundi Hantu Tolong PR!

Oh! Krai Utara

Share
Permatang Pasir: Pemuda Umno kesan pengundi hantu

BUTTERWORTH: Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di sini, semalam.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.BERNAMA

bro khairy ni memang semakin melalut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...