Taktik lapuk ugut pengundi diteruskan BN - harakah

Oh! Krai Utara

Share Barisan Nasional (BN) akan tetap menggunakan taktik lapuk seperti ugut pengundi ketika berkempen untuk mempengaruhi mereka mengundi calon BN.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata apabila culaan dilakukan dan didapati ramai pengundi di Manek Urai berada di luar Kelantan, BN cuba mempengaruhi SPR agar melakukan pilihan raya pada hari bekerja kerana dibimbangi mesej yang menyebelahi pembangkang akan mempengaruhi pengundi yang menetap di Manek Urai.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan petugas-petugas jentera pilihan raya PAS dari seluruh negara untuk membantu memenangkan PAS di Manek Urai.

"Petugas-petugas negeri lain harus memahami budaya pengundi-pengundi di Manek Urai. Ini kawasan ini merupakan kawasan luar bandar. Kita akan cuba membudayakan politik Kelantan kepada petugas-petugas luar ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata petugas-petugas dari setiap negeri akan ditempatkan di penginapan yang telah disediakan.

"Kami telah menyediakan rumah-rumah untuk penginapan petugas-petugas ini dan mereka akan ditempatkan dengan pembantu dari Kelantan. Penginapan ini sudah lama kita sediakan," katanya.

Jelasnya kehadiran petugas-petugas di setiap peti undi di Manek Urai akan membantu merancakkan lagi program-program kempen.

Zaki yakin pengalaman petugas-petugas khususnya dalam pilihan raya umum serta pilihan raya kecil di negeri-negeri sebelum ini dapat dimanfaatkan di Manek Urai seterusnya membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...