Nik Aziz Temui Presiden PAS Dan Timbalan Esok

Oh! Krai Utara

Share http://pahangdaily.blogspot.com/

KOTA BAHARU [10.31 am] - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di sini Isnin ini. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (foto), berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan. "Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas. "Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, hari ini. Nik Abdul Aziz membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, yang dicadangkan Abdul Hadi. Isu itu menjadi konflik perpecahan dalam PAS sehinggakan Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan anggota Parlimen Bachok jika berniat meneruskan cadangan itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...