Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

Oh! Krai Utara

Share

Kerengga 

Mohd Sayuti OmarAda maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu.Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan? Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum.Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu.Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini?Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    Jika benar PERTEMUAN SULIT ini telah berlaku, perlu di ingatkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim , yang mana Dato Sri tidak belajar dari KESILAPN lalu yang mana dia telah di aniayai oleh REGIM Mahathir sebanyak 2 kali oleh BN, tak kan nak di patuk ular untuk kali seterusnya dilubang yang sama? Mereka mereka memang mencari jalan dan cara bagaimana untuk mempergunakan Dato Sri Anwar? Bukan bermakna kita tidak boleh memaafkan mereka tetapi jangan TERMAKAN NIAT HALUS (JAHAT) mereka. Sila BELAJAR DARI KESILAPAN LALU yang mana Dato Seri sangat mudah mempercayai orang yang mana musuh nya dulu. Sebagai contoh ( Saiful Bukhari, Raja Petra Kamaruddin, Dato Zaid, Ezam Mohd Nor, Ruslan Kasim, Lokman Adam dal banyak lagi)

  2. Tanpa Nama berkata...

    Dato Seri Anwar, jangan menggadaikan MARUAH PAKATAN RAKYAT!! Rakyat melihat Dato Seri Anwar...

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...