FRU dan Polis hadiri sidang DUN Perak..?
Oh! Krai Utara
Ketika ini, di kawasan sekitar Masjid Kg Tg Hussien, Manjoi, lokasi dimana solat hajat dan munajat dijadualkan berlangsung hanya dipenuhi pihak berkuasa polis yang menunggu di balai polis berhampiran.
Sembilan trak pasukan simpanan persekutuan (FRU) sedang menanti, sementara para petugas Unit Amal pula berkawal di sekitar masjid setakat jam 5.15 pagi.
Orang ramai yang cuba melintasi perkarangan masjid agak terkejut dnegan kehadiran pihak polis yang sedang mula menggerakkan kawalannya berhampiran lokasi solat hajat.
Pergerakan kenderaan bagaimanapun masih belum menampakkan sesak, hanya beberap bauh motorsikal dan kereta mundar mandir sekitar masjid berkenaan.
Kelibat pegwai cawangan khas kelihatan di beberapa kedai makan mahupun di tempat awam lain di sini.
Setakat ini Harakahdaily difahamkan, solat hajat akan diteruskan.Kelihatan AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohammad Ghazali bersama beberapa orang petugas PAS mula bergerak dari Markaz PAS Tungku Hussin menuju ke lokasi solat hajat.
Sementara perkembangan di beberapa masjid lain yang dikatakan ada kemungkinan akan menjadi lokasi ganti solat hajat pula masing masing masih terkunci rapi.
Sejak awal malam tadi, selesai solat isyak, Harakahdaily difahamkan kebanyakan masjid di Ipoh diarahkan untuk dikunci.
Ipoh suram, jalan masuk Dun Perak ‘dikepung’ Polis!
seluruh Kawasan menuju jalan masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula di susur keluar Ipoh Utara pengunjung bandaraya Ipoh disambut dengan sekatan polis yang bermula sejak jam 9.00 malam tadi.
Sekatan berpagar putih dengan menempatkan sekurang-kurangnya 10 anggota di setiap sekatan membuatkan bandaraya ipoh kaku, tidak bergerak.
Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati kenderaan yang mahu menelusuri jalan ke arah bangunan persekutuan tidak boleh masuk walau darei mana sudut sekalipun.
Dari Jalan Bukit Gantang sekalipun krew Harakah gagal memasuki jalan ke pejabat Badan Perhubungan PAS Perak dan Pejabat DAP yang mana dua pejabat ini berada kira-kira setengah kilometer daripada bangunan Perak DarulRidzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Beberapa kenderaan diperiksa teliti oleh polis yang membujat sekatan, yang menyebabkan beberapa buah kenderaan tersadai di tepi jalan.
Sekatan juga diadakan di Taman Tasek Seenivasagam dan berhampiran Pejabat Mufti Perak.Kawalan keselamatan dilihat lebih hebat berbanding kawalan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.
Orang ramai yang mahu masuk ke Ipoh akan mendapati bukan sahaja bangunan yang menempatkan Dun Perak tidak kelihatan,malah bumbungnya juga tidak akan dapat dilihat akibat sekatan yang mengepung setiap penjuru jalan masuk ke Dun Perak. -Harakahdaily
0 ulasan:
Catat Ulasan