DUN Perak kecoh, BN rampas kuasa (Update)
Oh! Krai Utara
Berikut perkembangan terkini di Perak:
3.40 Petang - Seramai tahanan pagi tadi dibebaskan termasuk Wanita KeADILan Zuraida kamaruddin dan Adun Teratai Janice Lee.
3.20 Petang - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah memasuki dewan dan sedang bertitah.
2.45 Petang - Kekecohan dalam sidang Dewan berterusan selepas sidang bersambung semula sebentar tadi apabila wakil -wakil Pakatan Rakyat dan BN bergelut sesama mereka.
Menurut sumber, 20 orang anggota polis memasuki dewan. Kerusi Speaker bersama Sivakumar dan membawa keluar dewan. Keadaan bertambah rumit. beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dipukul di dalam dewan. 2.15 Tengahari - Dewan kembali kecuh apabila keadaan tolahk-menolak untuk menghalang Ganesa memasuki dewan. Kelihatan polis memasuki dewan untuk menenangkan keadaan. Wakil Pakatan Rakyat menyuruh polis keluar dewan.
2.05 Tengahari - Seramai hampir 70 orang ditahan di Balai Polis Sungai Senam setakat ini. Juga hampir sepuluh peguam Pakatan Rakyat sudah berada di balai termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya.
Sementara itu, di hadapan balai, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan 1Black Malaysia.
1.50 Tengahari - Menurut sumber yang dipercayai, Zamri sedang berbincang dengan Raja Nazrin di sebuah bilik di luar dewan persidangan.
1.00 Tengahari - Ganesan cuba membuat drama secara kasar menarik kerusi speaker tetapi cubaan itu tidak berjaya. Kedua-dua mereka Sivakumar dan ganesan bersetuju menangguhkan dewan sehingga jam 2.00 petang.
Raja Nazrin Shah juga dilaporkan masih berada di tingkat dua bangunan menunggu keputusan selanjutnya.
12. 55 Tengahari - Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang Adun Pakatan Rakyat. Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan apabila salah seorang Adun BN dan Adun Pakatan Rakyat dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu.
Speaker Sivakumar masih dikerusinya.
Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.
12. 40 Tengahari - Wanita DeADILan Zuraida Kamaruddin digari sehingga tangan beliau tercedera, beliau akan membuat laporan polis selepas pemeriksaan kesihatan. Beliau kini masih lagi ditahan di balai polis Sungai Senang berhampiran stadium Ipoh bersama kira-kira 60 orang telah ditahan.
Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin kini menuju ke Balai Polis Sungai Senang untuk membuat perundingan dengan pihak polis.
12. 35 Tenghari - Speaker V Sivakumar masih tidak berganjak dari kerusi. Beliau tetap menegaskan sidang tidak akan bermula sehingga mereka yang telah digantung keluar dewan.
12.22 Tengahari - Adun BN sedang berkerumun adun Jelapang Yee Yit Foong dalam dewan seperti bersidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.
Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun Pakatan Rakyat dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.
Dalam sidang “haram” mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, R. Ganesan.
12.00 Tengahari - Pengarah Strategik KeADILan yang menjadi pemerhari dalam dewan menyatakan bahawa hari ini dunia menyaksikan Barisan Nasional mempersendakan demokrasi dan memperlekehkan serta melanggar undang-undang tubuh Kerajaan berpelembagaan dengan membelakangkan Raja.
“Mereka membuat drama dengan tindakan serta kelakuan yang melucukan di dalam dewan. Mereka begitu lantang mempersendakan undang-undang,” kata beliau kepada Suara Keadilan
11.50 Pagi - Speaker V. Sivakumar membuat kenyataan bahawa Barisan Nasional tidak menghormati undang-undang dan menafikan membuat persidangan berasingan satu dewan tapi dua sidang. Dewan seolah-oleh menjadi sidang yang tidak bertamadun.
11.40 Pagi - V. Sivakumar memulakan semula persidangan Dun walaupun R. Ganesan, menangguhkannya sebentar tadi.
Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh Adun BN termasuk Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.
Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.
Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.
Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berkumpul di sekeliling Menteri Besar mereka Mohammead Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka untuk tindakan selanjutnya.
Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.
Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.
Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan Zambry.
Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.
Dengan perlindungan kumpulan Adun BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.
Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.
Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit “Speaker (Ganesan) ini haram”, “selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram” dan “Perak ada Speaker haram.”
Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.
Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.
11.20 Pagi: BN tanpa mengikut undang-undang melantik R. Ganesan daripada MIC untuk menjadi speaker Dewan walaupun Sivakumar masih Speaker yang sah
Perlantikan ini dibuat ketika Sivakumar masih lagi duduk di kerusi speaker dan Ganesan kelihatan memakai baju speaker tanpa duduk di kerusi yang diperuntukan kepada Speaker. Beliau kemudian mengutuskan untuk menangguhkan dewan sehingga jam 12.15 tengahari.
11. 00 Pagi - Zambry yang masih berdegi enggan keluar dewan telah membacakan usul memecat Speaker Dun Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 Adun BN dan tiga Adun Bebas dengan mengangkat tangan.
Bagaimanapun, Sivakumar berkata, Adun yang telah digantung tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.
Sivakumar dengan lantang sekali lagi berkata “Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,”
11. 00 Pagi - Zambry yang masih berdegi enggan keluar dewan telah membacakan usul memecat Speaker Dun Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 Adun BN dan tiga Adun Bebas dengan mengangkat tangan.
Bagaimanapun, Sivakumar berkata, Adun yang telah digantung tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.
Sivakumar degnan lantang sekali lagi berkata “Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,”
0 ulasan:
Catat Ulasan