Asrama baru Kelantan di Kaherah berharga RM17 juta

Oh! Krai Utara

Share KOTA BHARU, 27 April (Hrkh) - Mengambil kira masalah penginap yang begitu terdesak bagi pelajar Kelantan di Kaherah, Mesir menyebabkan kerajaan negeri membeli asrama baru berharga RM17 juta. Baca Lagi
Bayaran pendahuluan sebanyak RM10 juta telah dibayar kepada pemilik bangunan tersebut. Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob�berkata, kerajaan negeri akan menghantar wakil pada masa terdekat ini untuk melihat penyelenggaraan pembinaan asrama�Kelantan di Hayyu Sabie, Kaherah. "Dengan adanya asrama ini ia diharap dapat mengatasi masalah penempatan pelajar di sana," katanya sidang video bersama pelajar Kelantan di Mesir, baru-baru ini. Program itu di sini kendalikan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10. Manakala di Kaherah sidang video diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan di Hayyu Sabie. Mereka diwakili Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Hal-ehwal Wanita Islam (HEWI). Majlis tersebut diadakan sempena program kesyukuran dan solat hajat perdana pelajar-pelajar Kelantan di Kaherah bagi menghadapi peperiksaan fasa II pada akhir Mei depan. Ahmad juga menasihatkan pelajar supaya menumpukan kepada pelajaran di samping tidak lupa menjaga kesihatan dan keselamatan. Beliau turut berharap pelajar terbabit apabila pulang nanti dapat menabur bakti kepada masyarakat bagi menyebarkan agama Islam. Bilangan pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Mesir sekarang seramai 1,350 orang termasuk mengikuti pengajian di bidang pengajian Islam dan perubatan. - mj _

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...