Adun Manek Urai beransur pulih

Oh! Krai Utara

Share KOTA BHARU, 29 April (Hrkh) - Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaacob yang dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Ahad lalu kini semakin beransur pulih. Pada Isnin lalu beliau dimasukkan pula ke wad jagaan rapi (CCU) setelah menghadapi masalah jantung. baca lagi
Ketika ditemui di wad berkenaan petang semalam keadaannya bertambah pulih dan sudah mampu menjamah sedikit makanan. Beliau juga bercakap dengan tetamu yang datang menziarahinya dan menceritakan penyakit gaot yang dihidapinya biar pun keadaan masih agak lemah. "Ahad lalu jari kaki saya berasa kebas menyebabkan tidak dapat berdiri sehingga anak-anak membawa ke Hospital Kuala Krai, kemudian dipindahkan ke sini," katanya. Wajahnya kelihatan ceria dan sedikit berisi berbanding ketika ditemui pada persidangan Dewan Undangan Negeri Febuari lalu Isterinya, Siti Zaharah Ibrahim berkata, ketika sampai di hospital tersebut suaminya ditempatkan di wad 29, namun keesokan harinya dipindah ke CCU disebabkan masalah jantung. Sedangkan katanya, sebelum ini suaminya hanya disahkan menghidap penyakit gaot dan belum ada penyakit lain termasuk jantung, diabetes atau darah tinggi. "Namun selepas mendapat rawatan di sini, doktor mengesan pula masalah jantung sehingga dipindahkan ke wad CCU," katanya. Semalam Adun terbabit turut menerima kunjungan anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan penduduk dari Manek Urai. - mj_

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...