USUL DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KRAI

Oh! Krai Utara

Share USUL DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KRAI 1. NAMA MARKAZ PAS KAWASAN KUALA KRAI Usul ini telah dibangkitkan dan diterima pada Muktamar Agong yang lepas tetapi perlaksanaannya tidak dilakukan. Maka dengan itu, DPPK KK mengesa dan menegaskan supaya kepimpinan yang bakal terpilih semasa muktamar ini menerus dan melaksanakannya seupaya mampu supaya tidak dibangkit berulangkali. Persoalannya, atas masalah atau sebab apakah perlaksanaan masih tidak dilakukan. baca lagi
2. PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN MARKAZ Usul ini juga telah dibangkitkan dan diterima pada Muktamar Agong yang lepas, perlaksanaannya juga sama, masih tidak diambil tindakan yang sewajarnya. Maka dengan itu, DPPK KK sekali lagi menegaskan, setiap usul atau cadangan yang diterima, hendaklah cuba dilaksanakan ataupun paling tidak diberi penjelasan kepada pihak yang membawa usul. 3. GERAK GEMPUR MENAMBAH KEAHLIAN PAS DPPK KK mengesa agar PAS Kawasan Kuala Krai memperhebatkan gerak kerja menambah keahlian PAS di seluruh cawangan. Ini adalah selari dengan KEMPEN JOM SERTAI PAS yang dilancarkan oleh PAS Pusat beberapa bulan yang lepas. 4. MEMULAKAN SEMULA USAHA MEWUJUDKAN PUSAT TARBIAH PAS KAWASAN KUALA KRAI. Terlebih dahulu DPPK KK mengucapkan tahniah dan syabas kepada pucuk PIMPINAN di atas penerimaan usul ini dahulu. Usul ini telah dibangkitkan pada Muktamar Agong yang lepas. Dewan PPK KK mengusulkan agar kepimpinan yang bakal terpilih nanti memulakan semula daya usaha untuk mewujudkan Pusat Tarbiah PAS Kawasan Kuala Krai yang mana bakal menjadi “ ONE STOP CENTRE ” ataupun Pusat aktiviti bagi semua gerak kerja parti dan masyarakat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...