Manfaat Kifalah untuk keluarga arwah penghulu
Oh! Krai Utara
Bekas penghulu mukim Kampung Kenor yang bersara tahun lepas meninggal dunia pagi awal pagi Jumaat lalu mendapat perhatian Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil yang segera menziarahi keluarga arwah.
Arwah Mat Hussin Awang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 61 tahun di Hospital Kuala Krai pada tengah malam Jumaat lalu disisi ahli keluarganya.
Pengarah MTD Guchil Zulkifli Yacob berkata, kehilangan arwah amat dirasai kerana sebelum ini arwah banyak menabur bakti kepada penduduk setempat dan membantu pentadbiran sebagai seorang penghulu.
“Kehilangan arwah amat dirasai kerana khidmat baktinya selama ini untuk penduduk dan parti tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai seorang penghulu.
“Saya harap keluarga arwah dapat reda dengan pemergian arwah dan tabah menghadapi segala ujian hidup selepas ini,” katanya selepas menyerahkan sumbangan pendahuluan Takaful Kifalah sebanyak RM500 kepada isteri arwah, Mariam Che Hat.
Sementara itu, Mariam merakamkan penghargaan kepada Zulkifli dan ahli jawatankuasa MTD dan penghulu lain yang hadir menziarahi keluarganya.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi jenazah arwah terutamanya kepada Ustaz Zulkifli yang mengimamkan solat jenazah arwah. sinar harian
“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas sumbangan takaful Kifalah yang diberikan ini sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk pengurusan jenazah arwah,” katanya yang mempunyai tujuh anak.
0 ulasan:
Catat Ulasan