Zahrain, Letak jawatan bukti diri punyai prinsip - Dr Hatta

Oh! Krai Utara

Share
Ahli Parlimen Ba-yan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hasyim yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi menunjukkan beliau seorang yang berprinsip. 

Bendahari Pas Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, tindakan meletak jawatan adalah langkah sesuai dibuat oleh Zahrain memandangkan kerusi yang dipegangnya itu dimenangi atas tiket PKR. 

“Secara asasnya peletakan jawatan adalah langkah yang perlu beliau lakukan, Zahrain sendiri mengatakan dia seorang yang berprinsip, maka peletakan jawatan langkah paling betul,” katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa Zahrain meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru sekali gus membenarkan pilihan raya kecil diadakan. 

Dalam pada itu, diminta mengulas kenyataan sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menanggap PR hanya menyeru melakukan tindakan sedemikian sekiranya wakil rakyatnya keluar dari Pakatan tetapi berdiam diri jika ahli parti lain melompat ke PR, Dr Hatta mahu mereka yang berkenaan mengumukakan bukti kepada tuduhan itu. 

“Berikan bukti kepada saya sekiranya perkara itu ada. Mana ada lagi pemimpin BN melompat kepada PR? Jangan menimbulkan perkara yang tiada,” katanya. 

Dalam masa yang sama, Dr Hatta berkata, terserah kepada PKR untuk menyelesaikan isu yang melanda parti sehingga menyebabkan beberapa ahlinya keluar parti. 

“Biar mereka selesaikan parti mereka, kita tidak mahu campur,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...