Update: Pemangku Imamkan Solat Hajat Untuk Sultan Kelantan?

Oh! Krai Utara

Share


Krai Utara - Pemangku Sultan, Yang Maha Mulia tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mengimamkan solat sunat hajat yang diadakan bagi memohon agar Allah SWT menyembuhkan kegeringan yang menimpa ayahandanya.


Solat Hajat tersebut telah diadakan di Stadium sultan Muhammad IV, selepas sahaja solat maghrib dengan dihadiri rakyat jelata yang kemudiannya diikuti dengan bacaan surah yasin.


Sementara itu satu tazkirah telah disampaikan oleh tuan guru menteri besar setelah selesai membaca surah yasin. Tuan guru juga dipetik berkata, inilah pertama kali beliau melihat seorang raja mengimamkan solat dalam seumur hidupnya selama 80 tahun ini.


Saya bersama penghulu tanpa mukim dun mengkebang, encik mahussin, penghulu rpt mengkebang en. hussin taib dari kuala krai.


sementara itu rombongan ketua jajahan kuala krai dan penggawa daerah Batu Mengkebang telah tiba lebih awal.


kelihatan tuk guru, ustaz mohd amar, ustaz zulkifli yaacob dan yang lain-lain. berita menyusul kemudian...


gambar tu cilok kat muslimeen united.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...