sudah RM150,000 untuk bina asrama pelajar Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian

Oh! Krai Utara

Share

Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi pembinaan asrama pelajar Pondok Sungai Durian atau nama rasminya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian, di sini, sejak peletakan batu asas projek itu dibuat Julai tahun lalu. 


Mushrif Madrasah Muhammadiah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, jumlah itu bagaimanapun masih kecil jika dibandingkan sasaran sebenar kos projek asrama berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Menurutnya, peruntukan awal diperoleh hasil derma dan sumbangan orang ramai itu digunakan bagi membina struktur asas bangunan asrama yang akan dibangunkan setinggi tiga tingkat.

”Selepas kutipan derma dilancarkan pertengahan Julai tahun lalu, kita dapat kumpul kira-kira RM150,000 hasil daripada sokongan orang ramai terutama masyarakat setempat.

”Kos agak tinggi diperlukan untuk buat (bina) asas bangunan bagi memastikan tapak bawah benar-benar kukuh dan selamat kerana kita nak dirikan asrama tiga tingkat,” kata-nya ketika ditemui :Sinar Harian, :dekat sini.

Majlis peletakan batu asas dan pelancaran tabung derma untuk projek pembinaan Asrama Al-Imam Asy-Syafie itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pertengahan Julai tahun lalu.

Abdul Basit berkata, pembinaan asrama baru pelajar itu penting bagi menggantikan rumah pondok yang sudah terlalu uzur dan tidak teratur selain keadaan asrama sedia ada juga tidak lengkap dan serba kekurangan.

Katanya, projek juga diharap dapat mengatasi masalah tempat tinggal di pondok agama itu yang kini tidak mencukupi dan kedudukannya sekarang bertaburan sehingga menyukarkan kawalan disiplin dan keselamatan.

”Paling penting asrama baru ini apabila siap nanti akan dapat memenuhi keperluan semasa pelajar dan memberi lebih keselesaan kepada mereka.

”Apabila masalah penempatan ini selesai, kita juga akan dapat mengadakan aktiviti berkala pada musim cuti untuk pelajar luar,” kata Abdul Basit.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini dalam proses membuka satu lagi akaun di Malayan Banking Berhad (Maybank) bagi memenuhi permintaan pengguna perkhidmatan perbankan internet dan penduduk luar Kelantan yang ingin menderma untuk tabung asrama.

Katanya, sumbangan pada masa ini boleh disalurkan ke dalam akaun tabung pembinaan asrama sedia ada di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Krai menerusi nombor akaun 0307-2010119839. 

Orang ramai juga boleh menghubungi penasihat projek, Ahmad Shukri Abdul Rahman (019-6955960); pengerusi, Abdul Basit (019-9441881), setiausaha, Abdul Latiff Abdul Rahman (019-9565665) atau bendahari, Fakhrulrazi Abdul Rahman (013-9337257) untuk maklumat lanjut. - sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...