Demi Ilmu, Murid Selatan Thai sanggup ulang alik Ke Kelantan, Murid Kita?

Oh! Krai Utara

Share
Pelajar sanggup gadai nyawa 

keselamatan dan keselesaan belajar di Kelantan menjadi faktor utama bagi pelajar di Selatan Thailand sanggup menyeberang Sungai Golok semata-mata untuk menuntut ilmu di sini. 

Mohd Hanafi Nawi, 10 berkata, ibu bapanya menghantarnya belajar di sini kerana keadaan negara yang aman dan keselesaan mendapat pendidikan yang lebih baik. 



Menurutnya, pembelajaran di sini lebih teratur dan penguasaan bahasa Thailand yang lemah menyebabkan dia memilih belajar di negara ini. 

“Di Malaysia, guru-gurunya baik dan saya memilih belajar di sini kerana saya tidak boleh menguasai bahasa Thai. 

“Lagi pun, suasana di negara saya tidak mengizinkan kami menuntut ilmu dengan tenang kerana kami sentiasa dalam kebimbangan oleh sebab itu kita sering mendapat berita, ada sekolah di sana yang dibom dan macam-macam lagi,” katanya yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Rantau Panjang 2. 

Sementara itu, Mohd Adam Johan, 11, pelajar dari Golok yang turut menuntut ilmu di sini berkata, pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat terutama dalam bidang pendidikan yang menyebabkan keluarganya memilih sekolah di sini. 

Menurutnya, keadaan negaranya yang sering ‘bergelora’ menyebabkan dia tidak mahu belajar di sana dan kemudahan infrastruktur sekolah di negara ini, menjadi pilihannya untuk meneruskan hasratnya belajar di sini. 

“Saya sangat gembira belajar di sini, pelbagai kemudahan pembelajaran disediakan kepada pelajar dan saya sangat selesa belajar di sini. 

“Jika diizinkan saya akan meneruskan pengajian saya di Malaysia kerana di sini lebih aman, saya tidak kisah jika hari-hari terpaksa menaiki bot untuk menyeberang dari sempadan Golok ke sini demi mencari ilmu,” katanya.- Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...